Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
DBKU kaji wujudkan dua jawatan Ketua Timbalan Pengarah: Abang Abdul Wahap
Posted on : 17 Jan 2019  Source of News: Press Reader
 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mengkaji untuk mewujudkan dua jawatan Ketua Timbalan Pengarah bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, pihaknya mendapati ada keperluan untuk menambah satu lagi jawatan penting itu berikutan perkhidmatan yang semakin meluas.

“Kajian untuk menambah jawatan Ketua Timbalan Pengarah DBKU ini merupakan sebahagian daripada pembaharuan struktur organisasi kita pada 2019 yang bertujuan untuk menaikkan lagi mutu perkhidmatan.

“Kalau dipersetujui nanti, jawatan ini terbahagi kepada Ketua Timbalan Pengarah Bahagian Operasi dan Perkhidmatan serta Ketua Timbalan Pengarah Bahagian Teknikal,” ujarnya pada Majlis Perhimpunan Bulanan DBKU di sini, semalam.

Abang Abdul Wahap berkata, antara pembaharuan lain yang sedang diusahakan dalam struktur organisasi DBKU pada tahun ini ialah kaedah ‘time off’ iaitu kajian masa lapang untuk pekerja bersama keluarga serta penggunaan kos operasi secara berhemah tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan.

“Diharapkan dengan adanya usaha ini, kita dapat menyediakan perkhidmatan sekali gus mencapai tahap pengurusan yang lebih baik kepada warga,” ujarnya.

Sementara itu, Abang Abdul Wahap memberitahu DBKU akan memperluaskan usaha mendidik kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda dan masyarakat keseluruhannya.

Menurut beliau, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan Universiti UCSI bagi menjayakan kempen ‘Bebas Asap Rokok’ dalam kalangan generasi muda atau pelajar.

“Selain itu, kita akan mengadakan program sama dengan memperluaskannya ke kawasan kediaman,” ujarnya.

Bercakap mengenai program dan aktiviti untuk 2019, Abang Abdul Wahap berkata, DBKU akan menganjurkan Majlis Agenda DBKU selama tujuh hari mulai 24 hingga 31 Mac tahun ini.

“Acara itu akan diadakan di Tebingan Kuching di sini dengan menampilkan pelbagai aktiviti sampingan. Tetamu kehormat yang dijangka merasmikan Majlis Agenda DBKU 2019 ialah Ketua Menter Datuk Patinggi Abang Johar Tun Openg,” katanya.

Tambah beliau, DBKU juga akan menganjurkan Persidangan Orkid Asia Pasifik Ke-13 pada Julai depan dan setakat ini, 15 negara dari Asia termasuk Singapura, Jepun China, Filipina, Thailand dan Taiwan telah pun mengesahkan kehadiran mereka.

Majlis semalam turut menyaksikan penyampaian anugerah dan sijil kepada warga DBKU atas perkhidmatan cemerlang termasuk Anugerah Penghargaan Khas kepada dua kakitangannya iaitu Azrie Roslan (Pembantu Awam Gred 11) dan Roslan Sudin (Pengawa Keselamatan Gred KP11).

Hadirsama, Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad dan Ketua Timbalan Pengarah DBKU Mohd Khaidir Abang.