Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 22
total visitor Total Visitors 7,899,798
Burung liar kotorkan pusat bandar raya
Posted on : 13 Dec 2018  Source of News: Utusan Borneo
 
 Wee  meletakkan papan tanda ‘No Bird Feeding’ di hadapan bangunan Electra House di Jalan Khoo Hun Yeang, semalam. LARANGAN: Wee meletakkan papan tanda ‘No Bird Feeding’ di hadapan bangunan Electra House di Jalan Khoo Hun Yeang, semalam.

KUCHING:Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak menggalak orang ramai untuk memberi makan burung liar yang berterbangan di sekitar pusat bandar raya ini.

Ahli Dewan DBKU Datuk Wee Hong Seng berkata, kehadiran burung terutama burung merpati telah menimbulkan banyak masalah kepada premis perniagaan temasuk di sekitar jalan berhadapan bangunan Electra House di sini.

“Ramai pemilik bangunan mengemukakan aduan bahawa premis mereka kotor disebabkan najis burung liar yang semakin banyak kebelakangan ini.

“Hal ini berlaku ekoran orang awam gemar memberi makan burung liar tersebut sehingga menyebabkan populasinya semakin meningkat sekali gus mengakibatkan kawasan itu kotor serta mengundang haiwan liar termasuk tikus,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan media mengenai ‘No Bird Feeding’ di Jalan Khoo Hun Yeang di sini, semalam.

Wee menyeru orang ramai terutama warga kota di bandar raya Kuching untuk menyumbang kepada usaha tersebut bagi menjadikan Kuching sebagai bandar raya bersih, cantik dan selamat.

“Apa yang kita lakukan ini bertujuan untuk kebaikan semua orang… kita tidak membunuh mereka (burung liar) atau menghalau mereka daripada datang ke sini, tetapi kita hanya menggalakkan orang ramai untuk tidak memberi makan kepada burung-burung tersebut.

“Mudah-mudahan dengan cara ini, populasi burung liar tersebut akan berkurangan malah berhijah ke kawasan lain,” katanya.

Beliau berkata, sudah tentu sesetengah pihak mungkin berpendapat kehadiran burung liar tersebut boleh menjadi tarikan kepada pelancong namun pihaknya berpendapat bahawa ia tidak harus mengganggu kehidupan orang lain.

“Bagi DBKU, kita harus ‘people centric’ (berpaksikan rakyat) di mana rakyat perlu diutamakan,” katanya sambil memberitahu, pihak DBKU turut meletakkan lima papan tanda ‘No Bird Feeding’ termasuk satu di Jalan Khoo Hun Yeang (berhadapan bangunan Electra House), dua di Jalan Gambier dan dua di hadapan Masjid India

Sementara itu, salah seorang pemilik perniagaan di Jalan Khoo Hun Yeang/Jalan Gartak, Wes Wong berkata, kehadiran burung liar itu tidak mendatangkan masalah.

Tetapi oleh kerana  ramai orang memberi makan burung itu katanya, ia menyebabkan populasinya bertambah dan najis burung bersepah merata-merata tempat termasuk di sekitar kawasan premis perniagaannya.

“Setiap hari, saya terpaksa membersihkan kawasan kedai lebih-lebih lagi apabila ramai pelanggan mengadu kedai saya kotor dengan najis burung. Ini tidak bagus kerana ia bukan sahaja menjejaskan perniagaan saya serta premis perniagaan lain bahkan ia juga tidak bagus untuk persekitaran dan pelancong yang datang ke sini,” katanya yang telah beroperasi lebih 20 tahun di kawasan itu.

Justeru, Wes mengucapkan terima kasih kepada pihak DBKU kerana prihatin akan masalah yang dihadapi pemilik perniagaan di kawasan itu dengan meletakkan papan tanda ‘No Bird Feeding” bagi mengatasi masalah tersebut.