Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 15
total visitor Total Visitors 8,290,622
MPS, MBKS dan DBKU terima Anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih ASEAN 2024-2026
Posted on : 30 Apr 2024  Source of News: Suara Sarawak
 
TING (kanan) dan Wong (kiri) bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPS, Kaunselor Richard Ting (dua kiri), serta timbalannya, Kaunselor Yiing Sy Huat, menunjukkan anugerah yang dimenangi itu kepada media.

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Clarence Ting Ing Horh melahirkan rasa gembiranya selepas MPS sekali lagi memenangi Anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih ASEAN bagi tahun 2024 hingga 2026 daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Semasa mempengerusikan Mesyuarat Penuh Ahli MPS di sini hari ini, beliau memberitahu bahawa anugerah peringkat kebangsaan itu pernah dimenangi MPS bagi tahun 2021 hingga 2023.

Dengan anugerah itu, beliau memberi jaminan bahawa MPS akan memberi komitmen penuh dalam usaha berterusan menjaga kebersihan bandar ini.

“Tahniah kepada semua kaunselor dan kakitangan majlis atas usaha mengekalkan anugerah ini yang pernah kita peroleh dari tahun 2021 hingga 2023.

“Saya amat gembira dengan pencapaian berterusan ini.

“Terima kasih semua atas kerjasama yang baik selama ini,” jelasnya.

Anugerah itu telah diterima oleh Timbalan Pengerusi MPS, Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley, pada satu majlis di Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya pada 29 April lepas yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman.

Selain MPS, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) turut menerima anugerah yang sama.

Terdahulu, Izkandar dalam hantaran di Facebooknya hari ini berterima kasih kepada usaha luar biasa pasukan MPS dan komitmen mereka dalam usaha mencapai matlamat tersebut.

Clarence Ting, katanya, juga sangat gigih dalam memastikan bandar Sibu bersih.

Pada catatan itu, Izkandar turut menyebut bahawa MBKS dan DBKU turut menerima anugerah sama daripada MOTAC semalam.

Anugerah Standard Pelancongan ASEAN berfungsi sebagai standard bagi semua negara anggota ASEAN dan pemain industri pelancongan serantau dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan cemerlang kepada pelancong, dengan matlamat menjadikan ASEAN sebagai destinasi kelas dunia selaras dengan Pelan Strategik Pelancongan ASEAN 2016-2025.

Anugerah Standard Pelancongan ASEAN Peringkat Kebangsaan 2024 yang dianjurkan oleh MOTAC adalah untuk meraikan 107 penerima yang telah memenuhi standard pelancongan ASEAN.

Sebanyak 20 daripada 107 penerima yang luar biasa juga menerima pengiktirafan ASEAN di Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2024 di Vientiane, Laos pada 26 Januari 2024.

Hadir sama ialah Pemangku Setiausaha MPS, Tony Wong.