Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 33
total visitor Total Visitors 8,111,006
Premier Sarawak santuni anak-anak istimewa
Posted on : 26 Mar 2024  Source of News: Jiwa Bakti
 

 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membawa keriangan kepada anak-anak yatim, anak-anak tahfiz dan anak-anak istimewa sempena Ramadan dengan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Premier Sarawak.

Majlis diadakan di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol malam tadi merupakan program tahunan DBKU dalam memastikan golongan istimewa tidak terpinggir dari turut sama mengimarahkan Ramadan.

Lebih 200 orang tetamu hadir bagi mengeratkan silaturahim di antara warga kerja DBKU, Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajah Juma’ani dan Madrasah Al-Khairat Kampung Pinang Jawa.

Abang Johari turut menyempurnakan simbolik penyampaian sumbangan kepada penerima.

Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Gahazli, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman, Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang