Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 23
total visitor Total Visitors 8,110,768
Kejiranan Mesra di bawah DBKU sentiasa menjalankan kegiatan amal, bukan pada bulan Ramadan sahaja
Posted on : 27 Mar 2024  Source of News: Suara Sarawak
 
SIMBOLIK... Hilmy bersama-sama yang lain ketika merasmikan program pengagihan bubur pedas di Surau Darul Falah.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Kejiranan Mesra (KJM) N7 Samariang mengagihkan 1,000 bubur pedas kepada penduduk sekitar sempena bulan Ramadan di Surau Darul Falah Samariang Baru di sini, hari ini.

Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman, berkata pengagihan bubur pedas merupakan amalan simbolik pada bulan mulia ini dan menjadi satu kegiatan amal untuk merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.

“Kita telah menjayakan program seumpama ini bukan sahaja di kawasan Samariang, tetapi juga di sekitar Demak Laut, KJM Bako dan lain-lain.

“Semoga usaha kita bersedekah dalam bulan mulia ini mendapat berkat dan keredaan daripada Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bubur Pedas KJM N7 Samariang di Surau Darul Falah di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Hilmy berkata DBKU bertungkus-lumus dan bergiat aktif dalam melaksanakan kegiatan amal sejak sebelum Ramadan lagi.

“Kita mengadakan gotong-royong bersama-sama masyarakat di kawasan KJM masing-masing termasuk membersihkan kubur, perkarangan masjid dan sebagainya.

“Saya terharu dengan KJM di bawah naungan DBKU kerana aktif beramal kepada masyarakat sebelum Ramadan bermula.

“Maka, ini satu kegiatan amal yang mana kita dapat bersama-sama warga kota untuk merapatkan silaturahim dan menjalankan kegiatan bersedekah,” jelasnya.

Sementara itu, program turut menyaksikan penyerahan sebanyak 600 bungkus bubur lambuk oleh pihak Maggi dan penyampaian sumbangan daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) kepada 20 asnaf di sekitar kawasan Samariang.

Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman