Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 18
total visitor Total Visitors 8,110,914
Majlis berbuka puasa beramai-ramai di Padang Merdeka Sabtu ini
Posted on : 20 Mar 2024  Source of News: Suara Sarawak
 
Juh Berambeh Sungkey, Buka Puasa Picnic Style Di Padang Merdeka Kuching. (Foto DBKU)

KUCHING: Orang ramai khususnya umat Islam dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa di Padang Merdeka, Sabtu ini (23 Mac).

Bertemakan ‘Sungkey Picnic Style’, program anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu bermula pada jam 6 petang.

Program itu dijangka turut dihadiri Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara Mohamed Khaidir Abang, dan Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman.

Program berbuka puasa itu menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dan santai bagi warga Kuching, yang mana pada hari berkenaan turut menyajikan hidangan seperti bubur lambuk percuma.

Setelah berbuka puasa, pengisian untuk program berkenaan juga adalah solat Maghrib berjemaah di Padang Merdeka.

Orang ramai dijemput hadir bagi berkumpul bersama-sama sambil menikmati hidangan berbuka puasa, diingatkan juga untuk bawa makanan dan tikar pada hari tersebut.