Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 18
total visitor Total Visitors 7,832,344
DBKU Road Race 1.0 di Dewan Suarah Kuching 10 Disember ini
Posted on : 08 Dec 2023  Source of News: Utusan Borneo
 
Datuk Bandar DBKU, Hilmi Othman (empat kanan) memperkenalkan DBKU Road Race 1.0 pada 10 Disember 2023 bertempat di Dewan Suarah Kuching. Datuk Bandar DBKU, Hilmi Othman (empat kanan) memperkenalkan DBKU Road Race 1.0 pada 10 Disember 2023 bertempat di Dewan Suarah Kuching.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurkan DBKU Road Race 1.0 pada 10 Disember ini bertempat di Dewan Suarah Kuching.

Acara riadah berbasikal ini merupakan kerjasama antara DBKU dan pihak Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak (SCA).

Objektif penganjuran acara ini adalah sebagai landasan bagi mempromosikan bandar raya Kuching sebagai tempat yang sesuai untuk penganjuran kejohanan berbasikal 'road race' di Sarawak dan Malaysia serta luar negara seiring dengan visi DBKU untuk menjadi sebuah 'bandar raya pilihan yang berdayahuni dan dinamik.'

Perlumbaan akan bermula dari Dewan Suarah Kuching dan melalui jalan-jalan di sekitar bandar raya Kuching, Petra Jaya, Jalan Sultan Tengah, Jalan Lingkaran Samariang, Lebuh Raya Pehin Sri Haji Adenan Bin Haji Satem, Jalan Diplomatik, Jalan Bako dan tamat di hadapan Bangunan DBKU, Bukit  Siol, Kuching.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan atau individu dan pendaftaran penyertaan hendaklah dibuat di laman web www.dbku.events. 

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM80.00 dan peserta akan menerima medal dan baju-T.

Bagaimanapun, saiz baju tertakluk kepada “First Come First Serve” yang mendaftar pembayaran yuran, pengambilan race pack dan timing chip pada9 Disember 2023 (Sabtu), jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang di Lobi Majma Mall, Jalan P Ramlee, Kuching, Sarawak.

Taklimat perlumbaan bersama dengan pengurus pasukan juga akan diadakan pada 9 Disember 2023, jam 5.00 petang di Tingkat 5, Bilik Seminar Allamanda, Perpustakaan DBKU, Jalan P Ramlee, Kuching, Sarawak.

Kategori umur pelumba lelaki terbuka 120km (18 hingga 39 tahun), lelaki master A 120km (40 hingga 49 tahun), lelaki master B 120km (50 tahun ke atas), wanita terbuka 60km (13 tahun ke atas) dan belia 60km (bawah 17 tahun).