Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 141
total visitor Total Visitors 8,781,373
Budaya membaca kaedah pantas tingkat kualiti hidup – Dr Abdul Rahman
Posted on : 08 Dec 2023  Source of News: TVS
 
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merangkap ADUN N.4 Pantai Damai meluang masa membaca buku bersama murid-murid SK Pasir Pandak hari ini..

KUCHING, 7 Dis: Budaya membaca merupakan kaedah terpantas untuk masyarakat memperoleh ilmu serta mendapatkan fakta, kata Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menurutnya pendidikan merupakan prasyarat peningkatan status sosioekonomi individu dan isi rumahnya lantas mutu kehidupan setiap individu.

Beliau menambah kajian empirikal membuktikan bahawa peningkatan kualiti hidup berkadar secara langsung dengan bilangan buku yang dibaca.

“Berdasarkan Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014, kadar purata bacaan rakyat Malaysia pada tahun 2014 ialah 15 naskhah buku setahun yang mana telah meningkat berbanding pada tahun 2010 iaitu lapan hingga 12 buku setahun.

“Kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat kita di Malaysia ini sangat gemar membaca dan usaha in harus ditingkatkan lagi untuk meningkatkan lagi kadar pembacaan di Malaysia agar setanding dengan negara-negara maju yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Membaca bersama Pemimpin di SK Pasir Pandak pada, Khamis.

Dalam pada itu menurut Abdul Rahman, komuniti setempat berperanan penting dalam mengharungi cabaran membentuk budaya membaca.

“Banyak pihak diluar sana menunggu permohonan untuk menyumbang buku terutama badan-badan korporat termasuk DBKU.

“Mereka boleh menyumbang dana dan mencari penyumbang buku.Ini adalah langkah terkehadapan kita dalam menggalakkan budaya membaca dalam kalangan generasi muda,” ujarnya.

Untuk rekod, setakat ini sebanyak 11 buah perpustakaan desa di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). -TVS