Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 64
total visitor Total Visitors 8,783,456
KJM platform terbaik wujudkan persekitaran bersih, indah dan kondusif
Posted on : 07 Dec 2022  Source of News: TVS
 

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berucap pada Majlis Makan Malam Kejiranan Mesra (KJM) 2022. Foto: TVS

KUCHING, 7 Dis: Penubuhan Kejiranan Mesra (KJM) di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjadi platform terbaik mengajak komuniti bergerak bersama dan berganding bahu dalam melaksanakan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, indah dan kondusif.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia juga memperkasakan daya saing komuniti setempat agar seiring dengan pembangunan semasa agar mereka tidak ketinggalan, selain penghubung antara masyarakat tempatan dengan pengurusan DBKU.

“Keistimewaan KJM di bawah selia DBKU ini adalah tiada mana-mana majlis tempatan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia mempunyai program KJM yang memperkasakan daya saing komuniti setempat.

“Dengan adanya jawatankuasa KJM ini mudah untuk DBKU berurusan terus dengan masyarakat tempatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Kejiranan Mesra (KJM) 2022 di Hotel Riverside Majestic, Kuching malam tadi.

Majlis itu dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, ia juga adalah satu usaha DBKU untuk melahirkan sebuah komuniti yang sejahtera serta menepati kriteria Pelan CBSSS iaitu ‘Bersih, Cantik, Selamat, Pintar dan Mampan’.

“Pada tahun 2023 sebanyak 363 program akan diadakan bagi meningkatkan lagi kecekapan tata urus KJM dalam mengelola program keusahawanan, sukan, riadah, komuniti dan sebagainya,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni dan Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan.