Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 115
total visitor Total Visitors 8,781,244
RM500,000 untuk KJM DBKU laksana 363 program
Posted on : 07 Dec 2022  Source of News: Suara Sarawak
 

KUCHING: Sebanyak RM500,000 peruntukan akan disalurkan kepada Kejiranan Mesra (KJM) di bawah kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk menganjurkan pelbagai program sepanjang tahun hadapan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, KJM di bawah DBKU juga telah mengenal pasti sebanyak 363  program untuk dilaksanakan kelak dan memerlukan dana tambahan.

“DBKU mempunyai lebih daripada RM400,000 dana untuk menganjurkan program tersebut tetapi kos keseluruhan yang diperlukan adalah RM900,000.

BERUCAP… Abang Johari berucap pada pada majlis makan malam KJM DBKU di Kuching, malam tadi.

“Jadi, melihat kepada perkara ini saya menambah peruntukan sebanyak RM500,000 untuk mengadakan program sepanjang 2023,” katanya pada majlis makan malam KJM DBKU di Hotel Riverside Majestic, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika berucap memberitahu bahawa 363 program yang akan dilaksanakan itu adalah cadangan daripada KJM di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawah pentadbiran DBKU.

Menurutnya, ia termasuk Dun Pantai Damai, Demak Laut, Samariang, Tupong dan Satok.

“Justeru, untuk melaksanakan aktiviti yang telah diputuskan berkenaan, peruntukan yang diluluskan oleh Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Junaidi Reduan dan Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang adalah sebanyak RM475,000,” ujarnya yang juga Adun Pantai Damai.