Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 39
total visitor Total Visitors 8,106,340
Inisiatif pengangkutan awam angkat status Kuching sebagai bandar raya maju, pintar
Posted on : 06 Aug 2022  Source of News: Utusan Borneo
 

Abang Johari menekan butang sebagai simbolik pelancaran logo Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO (UCCN) sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 Bandaraya Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Dr Sim (dua kiri), Wee (tiga kiri), Junaidi (dua kanan) serta tetamu jemputan lain. - Gambar Chimon Upon Abang Johari menekan butang sebagai simbolik pelancaran logo Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO (UCCN) sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 Bandaraya Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Dr Sim (dua kiri), Wee (tiga kiri), Junaidi (dua kanan) serta tetamu jemputan lain. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kerajaan negeri akan memulakan inisiatif pengangkutan awam pintar menggunakan kenderaan berkuasa hidrogen termasuk bas dan Transit Aliran Automasi (ART) di bandar raya ini dalam usaha mengangkat status Kuching sebagai bandar raya maju dan pintar di Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, di mana-mana bandar raya, pengangkutan awam akan mencerminkan standard sesebuah bandar raya itu.

"Atas sebab itu, kerajaan negeri memulakan pengangkutan awam pintar menggunakan kenderaan berkuasa hidrogen termasuk bas serta ART kita, dan ini akan meliputi bukan sahaja kawasan Kuching Utara dan Kuching Selatan, tetapi ke majlis tempatan lain seperti Samarahan dan sebahagian daripada Padawan.

"Ini pasti akan mencerminkan standard pengangkutan awam di Kuching, walaupun ia mungkin menelan belanja agak besar, tetapi saya percaya kita mampu dan dengan itu, mengangkat status Kuching sebagai bandar pintar dan maju di Sarawak," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Ulang Tahun Ke-34 Bandaraya Kuching yang dihadiri Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian serta dua Datuk Bandar iaitu Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong dan Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak bandar pintar di negeri ini, bukan sahaja di Kuching tetapi juga di bandar-bandar lain seperti Miri dan Sibu, dengan Sibu bakal diberi nafas baharu untuk menjadi sebuah bandar yang bertenaga.

Sementara itu, Abang Johari berkata, dengan pelbagai pengiktirafan antarabangsa kepada bandar raya ini, Kuching juga akan menjadi destinasi yang boleh menarik pelancong.

Jelasnya, bandar raya Kuching telah mendapat pengiktirafan oleh UNESCO sebagai Bandar Kreatif Gastronomi pada November 2021.

Antara lain katanya, Kuching telah dimasukkan ke dalam Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO (UCCN) yang menyokong kreativiti untuk menjadi pendorong pembangunan bandar mampan merentasi tujuh bidang kreatif iaitu kraf dan seni rakyat, seni media, filem, reka bentuk, kesusasteraan, muzik dan gastronomi.

"Kita bertuah kerana mempunyai kerajaan yang stabil dan mempunyai rakyat bersatu padu, selain saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza latar belakang etnik dan kepercayaan agama dengan hidup di bawah satu bumbung seperti satu keluarga.

"Ini adalah budaya unik di Sarawak dan menjadi harapan kerajaan negeri untuk mengekalkan serta melindungi budaya ini," katanya.

Justeru, Abang Johari mengalu-alukan tema Festival Makanan Kuching pada tahun ini, iaitu Makanan dan Budaya Kreatif Terbaik Kuching yang selaras dengan pengiktirafan diberikan.

Mengulas lanjut, beliau mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak berkuasa tempatan, iaitu MBKS dan DBKU yang berjaya membangunkan bandar raya Kuching selama 34 tahun.

"Kita dapat menyaksikan transformasi yang berlaku kepada bandar raya Kuching daripada sebuah pekan menjadi sebuah bandar raya yang bersih, pintar dan mempunyai beberapa perancangan masa depan bagi kegunaan rakyat serta warga Kuching," katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut melancarkan logo Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO (UCCN) Bandar Raya Kuching dan buku PAMSC MBKS Bus Stop Design Competition 2021.