Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 24
total visitor Total Visitors 8,107,450
3,000 warga kota meriahkan Program Pagi Tanpa Kereta
Posted on : 09 Aug 2022  Source of News: Utusan Sarawak
 
 

TINGKATKAN KECERGASAN… Warga kota menyertai Program Pagi Tanpa Kereta 2022 sempena Hari
Bandaraya ke-34 di Kuching, kelmarin.

KUCHING: Seramai 3,000 warga kota menyertai Program Pagi Tanpa Kereta 2022 sempena Hari Bandaraya ke-34 di Kuching, kelmarin.

Program ini adalah anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sejak 2020 lagi.

DBKU dalam satu kenyataan memberitahu, disebabkan kekangan Covid-19 pada tahun itu, maka DBKU menghentikan sementara hinggalah keadaan bertambah pulih.

“Pada tahun ini, DBKU telah menganjur minggu pertama tiap-tiap bulan dan tiap-tiap kali semakin bertambah pengunjung yang ikut serta.

“Pada bulan menyambut dan memperingati Hari Bandaraya, banyak aktiviti di tambah seperti persembahan pancaragam, kumpulan kompang, senamrobik, persembahan seni silat, khemah saringan kesihatan, persatuan basikal sekitar Kuching.

“Dalam pada itu, ramai yang membawa anak-anak untuk beriadah di sekitar kawasan yang telah tutup untuk Program Pagi Tanpa Kereta. Sekitar lebih kurang empat kilometer jalan digunakan untuk program ini,” katanya.

Sementara itu, para pengunjung berterima kasih kepada penganjur kerana mengadakan aktiviti santai untuk keluarga ini.

“Rata-rata pengunjung memohon kepada penganjur untuk aktiviti sebegini diadakan dua kali sebulan,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah DBKU, Faisal Adenan.