Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Tebingan Kuching tempat tumpuan
Posted on : 09 Sep 2021  Source of News: Utusan Sarawak
 

LEBUH India turut menjadi tempat yang hendak dikunjungi sekiranya ke Kuching.

JIKA sebelum pandemik Covid-19 tidak lengkap sekiranya tidak singgah serta menikmati panorama indah Sungai Sarawak sambil berjalan kaki di Tebingan Kuching yang lebih dikenali dengan nama Kuching Waterfront.

Tebingan Kuching ini tidak pernah sunyi daripada kedatangan pelancong malah ia menjadi tempat tumpuan yang perlu dikunjungi sekiranya melancong ke bandaraya Kuching.

Kedudukannya yang berada di tengah pusat bandar raya ini, lokasi ini sangat mudah dikunjungi, kerana kebanyakan hotel terletak tidak jauh dari situ.

Keindahan taman dan keunikan reka bentuk Tebingan Kuching yang dikelilingi beberapa bangunan bersejarah dapat dilihat dari tingkap hotel bertaraf antarabangsa yang menghadap Sungai Sarawak.

Jika sebelum pandemik Covid-19, terdapat banyak penginapan bajet dan harga mampu milik dan seumpamanya di kawasan berhampiran, namun tempahan perlu dibuat lebih awal ekoran kerap sesak dengan pengunjung pada hujung minggu atau musim percutian.

Di seberang Tebingan Kuching ini dapat dilihat dengan jelas Astana Negeri dan Kubu (Fort Magherita) iaitu bangunan yang dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1870.

Fort Magherita dibina pada tahun 1879 untuk menjaga pendekatan sungai Kuching dari lanun kubu ini dinamakan sempena isteri Charles Brooke, Ranee Margaret, ia adalah bangunan yang sangat menarik.

Di kubu ini ia menempatkan pelbagai memorabilia Era Brooke, bagi yang ingin singgah ke kubu ini bolehlah menggunakan perahu tambang ke seberang dan dari jeti Waterfront dan berjalan kaki dalam beberapa minit dari hujung utara Jambatan Darul Hana.

Oleh kerana kubu itu adalah bangunan warisan sejarah maka struktur asal dikekalkan dan pengubahsuaian hanya dilakukan di bahagian dalam.

Di sebelah kubu tersebut terdapat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadikan pemandangan di kawasan terbabit semakin menarik.

Dengan adanya Jambatan Darul Hana dan jambatan khas untuk pejalan kaki ia menghubungkan tebingan itu dengan kampung seberang Sungai Sarawak ini dan sudah tentu ia menjadikan pemandangan di tebingan menjadi lebih menarik serta indah.

Bukan itu sahaja, bagi pencinta bunga orkid mereka boleh berkunjung ke taman Orkid Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang terletak di bersebelahan dengan Astana Negeri yang mempunyai koleksinya tersendiri.

Pengunjung Tebingan Kuching yang ingin pergi ke tempat menarik seperti Muzium Sarawak, Muzium Islam atau membeli-belah di Lebuh India dan Jalan Gambier tidak perlu mencari pengangkutan awam kerana mereka boleh berjalan kaki.

Selain Kubu Magherita, bangunan bersejarah di dalam kawasan Tebingan Kuching ialah Square Tower, yang dulunya digunakan untuk meninjau pergerakan musuh. Square Tower dibina pada 1879, juga dikenali sebagai Rumah Pasung di kalangan penduduk tempatan, kerana dikatakan pernah dijadikan sebagai pusat tahanan pada zaman pemerintahan Brooke.

Square Tower dibina pada tahun 1879 sebagai kem tahanan untuk banduan dan kemudiannya digunakan sebagai tugu pertahanan.

Di tengah Tebingan Kuching, ada galeri khusus menyimpan khazanah kaum Cina iaitu Muzium Sejarah Cina.

Bagi pelancong yang ingin mendapatkan ole-ole, tidak perlu pergi jauh, kerana gerai cenderahati yang menjual pelbagai hasil kraftangan penduduk tempatan terdapat di tebingan itu.

Pengunjung juga boleh membeli hasil kraftangan dari beberapa kedai cenderamata di seberang jalan tebingan itu.

Sebagai tempat tumpuan utama di Kuching, Tebingan Kuching juga sering menjadi pilihan untuk mengadakan pelbagai acara seperti pameran, mahupun pentas hiburan, selain menjadi lokasi tetap Pesta Sukan Air atau Regatta Sungai Sarawak.

Ringkasnya kepada pengunjung yang mengunjungi tempat ini ia sudah tentu menjanjikan 1,001 kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Oleh JEAKQLEYN YACHO