Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 26
total visitor Total Visitors 8,109,275
Lokasi strategik, tumpuan orang ramai dipertimbang untuk dipasang CCTV
Posted on : 18 Nov 2020  Source of News: Dayak Daily
 

 

Kelihatan Dr Abdul Rahman (baju merah) menyaksikan projek pemasangan gentian optik oleh Telekom Berhad di Kg Boyan.

KUCHING, 18 Nov: Inisiatif pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) yang dilaksanakan di seluruh Sarawak akan memberikan penekanan kepada lokasi strategik dan kawasan tumpuan orang ramai.

Menurut Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya di bandar besar seperti Sibu, Kuching dan Miri mempunyai peruntukan untuk melaksanakan pemasangan CCTV di kawasan-kawasan tetentu dibawah pentadbiran PBT terbabit.

Katanya, bagi bandaraya Kuching, beberapa kawasan telahpun di kenal pasti oleh DBKU dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sebagai kawasan tumpuan atau ‘hot spot’ untuk dipasangkan dengan CCTV seperti kawasan Tebingan Kuching dan sekitarnya temasuk kawasan di Kampung Boyan, Gersik serta Sourabaya (BGS).

“Saya rasa ini masanya untuk perkara ini untuk dipertimbangkan terutamanya dibawah Pusat Kawalan Bersepadu di Bangunan Baitul Makmur II (Masja) yang mana kerajaan negeri akan memasang CCTV di tempat tertentu di seluruh negeri.

“Penekanan akan diberikan kepada kawasan yang popular kepada orang ramai serta pelancong seperti tebingan Kuching, BGS dan beberapa kawasan lain,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan projek pemasangan gentian optik oleh Telekom Berhad di Kampung Boyan di sini hari ini.

Beliau percaya, pemintaan tersebut telahpun di pertimbangkan oleh pihak DBKU memandangkan kawasan tersebut merupakan antara kawasan tumpuan pelancong sama ada tempatan atau luar.

“PBT kita terutamanya DBKU telahpun mempertimbangkan untuk pemasangan CCTV tersebut dan tengah merancang berapakah jumlah CCTV yang akan dipasang di kawasan tersebut,” katanya