|
4.17 Juta Pelancong Ke Sarawak Setakat November 2019 |
Posted on : 02 Jan 2020 Source of News: TVS
|
KUCHING: Sarawak telah mencatatkan jumlah sebanyak 4.17 juta pelancong setakat November 2019.
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah jumlah tersebut telah meningkat sebanyak 5.22% berbanding jangka masa yang sama tahun lepas.
Jelasnya, sasaran 5 juta pelancong hampir dicapai jika jumlah pelancong dikira sehingga bulan Disember 2019.
Beliau berkata demikian semasa berucap di “Fiesta Countdown 2020” sempena sambutan Tahun Baru 2020.
Dalam pada itu, beliau menambah usaha meningkatkan lagi jumlah pelancong akan diteruskan pada tahun 2020 memandangkan tahun ini merupakan tahun melawat Malaysia.
Katanya lagi, pembangunan akan diteruskan dengan pelbagai pembinaan prasarana dan penyelenggaraan di kawasan tebingan Kuching akan diambil alih pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bermula 1 Januari 2020.
|
|
|