Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
KJM DBKU kembali anjur Program Bubur Lambuk dan Bubur Pedas
Posted on : 13 May 2019  Source of News: Utusan Borneo
 
 Abang Wahap (tengah) menyampaikan replika cek bernilai RM40,700 kepada wakil 50 KJM DBKU. TERIMALAH: Abang Wahap (tengah) menyampaikan replika cek bernilai RM40,700 kepada wakil 50 KJM DBKU.

KUCHING: Kawasan Kejiranan Mesra (KJM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kembali menganjurkan Program Bubur Lambuk dan Bubur Pedas sempena Ramadan ini.

Sebanyak 50 KJM DBKU terlibat dalam menjayakan program ini bermula dari KJM kawasan Pantai Damai diikuti Demak Laut dan seterusnya KJM Tupong dan Satok.

Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, program ini diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak.

Antaranya, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Tabung Baitulmal Negeri Sarawak, Malaysia Building Society Bank (MBSB) Wilayah Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Petronas, Maggi dan Mydin.

“Tujuan kita mengadakan program ini adalah untuk menjalin serta memperkukuhkan hubungan silaturahim antara kejiranan.

“Kita berharap program ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai masyarakat terutama KJM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Perdana Bubur Lambuk dan Bubur Pedas KJM DBKU di Surau Ar-Rahman, Kuching Family Park, Jalan Sultan Tengah di sini semalam.

Dalam pada itu, pengagihan bubur lambuk dan bubur pedas melibatkan 50 KJM DBKU dibuat bermula semalam sehingga 1 Jun ini di Kampung Bako Hulu.

Penyediaan peralatan dan kelengkapan memasak adalah atas usaha komuniti sendiri, manakala DBKU bertindak sebagai pemudahcara di samping memberi komitmen bantuan dan sokongan dari segi logistik dan bahan keperluan yang lain.

Manakala untuk pihak swasta pula, bantuan dari segi penajaan tidak kira dalam bentuk perkhidmatan, kewangan dan kebendaan adalah amat digalakkan.

Pada majlis itu semalam, Abang Wahap turut memberi sumbangan sebanyak RM40,700 kepada 50 KJM DBKU manakala RM5,000 lagi disumbangkan oleh MBSB kepada DBKU.