Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Abang Johari merasmikan Bazar Ramadhan Satok
Posted on : 06 May 2019  Source of News: Dayak Daily
 

Abang Johari (tiga dari kiri) merasmikan Bazar Ramadhan Satok. Turut kelihatan Abang Abdul Wahap (dua dari kiri) dan Dr Sim (dua dari kanan).

KUCHING, Mei 6: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan Bazar Ramadhan Satok pada hari pertama Ramadhan, hari ini.

Selesai acara perasmian, Abang Johari melawat tapak gerai yang disediakan di Taman Mini Satok di sini.

Beliau turut mengagihkan sumbangan daripada rakan kongsi DBKU termasuk 600 unit apron dan 600 unit topi daripada Central Coldstorage Kuching Sdn Bhd (CCK).

Bazar Ramadhan Satok merupakan salah satu daripada tapak jualan Bazar Ramadhan disediakan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) selain di Semarak dan Sukma Ria.

Pada tahun ini, sebanyak 277 petak disediakan dan daripada itu 93 petak disediakan di Bazar Ramadhan Satok.

Menurut kenyataan akhbar yang diedarkan DBKU, di Semarak menyediakan sebanyak 68 petak, sementara di Sukma, 116 petak.

Dalam pada itu, DBKU tidak membenarkan penggunaan bekas styrofoam bagi membungkus makanan kerana ia boleh mencemar makanan dan alam sekitar.

“Sehubungan itu, penjaja Bazar Ramadhan di Satok, Semarak dan Sukma Ria juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh DBKU dan Jabatan Kesihatan.

“Orang ramai disaran untuk membawa bekas makanan sendiri bagi tujuan membeli makaan untuk dibawa balik,” menurut DBKU.

Abang Johari (dua dari kiri) mengagihkan bubur lambok kepada pengunjung di Bazar Ramadhan Satok.

Selain itu, penjaja dinasihat agar mengetahui sumber bekalan makanan yang diperolehi dan memastikan mereka yang terlibat dalam penyediaan makanan tersebut mengendalikannya dengan baik.

Tapak Bazar Ramadhpan pada tahun ini yang disediakan melibatkan jualan juadah terdiri daripada kuih muih tradisional dan moden, pelbagai jenis makanan lauk pauk dan minuman.

Malah, ada beberapa juadah yang dijual hanya pada bulan Ramadan seperti bubur pedas, nasi hujan panas dan bubur syura.

Di akhir lawatan, Abang Johari mengagihkan bubur lambok sumbangan Nestle Products Sdn Bhd kepada pengunjung.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Huan dan Datuk Bandar DBKU, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.