Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 43
total visitor Total Visitors 9,733,582
DBKU minta pertolongan orang awam membanteras kecurian penutup parit
Posted on : 07 Jan 2019  Source of News: Dayak Daily
 
Gambar salah satu lubang parit yang telah dicuri penutupnya di hadapan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Kuching, di Jalan Depo Link yang disiarkan di laman Facebook DBKU.

KUCHING, Jan 7: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) meminta penduduk bandaraya Kuching tampil membantu membanteras masalah kecurian penutup parit di dalam kawasannya.

Ini berikutan kecurian terbabit telah didapati DBKU berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Kuching, di Jalan Depo Link dan pihaknya memandang serius masalah tersebut.

“Bagi membendung gejala seperti ini berleluasa, DBKU memohon warga kota Kuching bersama-sama DBKU untuk membanteras gejala seperti ini daripada kian menular,” menurut kenyataan DBKU yang di siarkan di laman Facebook, hari ini.

Disamping itu, DBKU juga mahu warga bandaraya ini untuk percaya yang tanpa kerjasama dari mereka maka usaha pihak berkuasa tempatan terbabit membanteras gejala kecurian seperti itu di bandaraya ini tidak akan berjaya.

“Warga kota Kuching yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini bolehlah menghubungi Pusat Khidmat 24 Jam DBKU di talian 082-446644 atau melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)/ WhatsApp di talian 016-8864466,” menurut kenyataan tersebut.

DBKU sehubungan itu akan amat menghargai kerjasama yang diberikan warga bandaraya Kuching dalam kes kecurian itu.