Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 28
total visitor Total Visitors 8,077,973

KUCHING –Selaras dengan usaha kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien kepada rakyat, kini permohonan lesen anjing boleh dibuat atas talian melalui Dog License System. Ianya bertujuan memberi kemudahan kepada orang awam terutama pemilik anjing untuk membuat permohonan lesen dan mempercepatkan proses permohonan lesen.  Selain itu, ia juga memudahkan pengumpulan data populasi anjing di samping sebagai salah satu strategi bagi mengawal jangkitan rabies di Negeri Sarawak.

Justeru, orang awam boleh memuatnaik borang dan kriteria permohonan  di Laman Web DBKU  https://dbku.sarawak.gov.my dan proses permohonan lesen anjing secara atas talian adalah seperti berikut:-

1)    Pemohon perlu mendaftar dan mengisi maklumat peribadi di Laman SarawakID https://sarawakid.sarawak.gov.my (sekiranya belum pernah membuat pendaftaran); dan

2)    Pemohon dikehendaki mengisi butiran anjing serta memuat naik gambar anjing di Laman Web https://doglicense.sarawak.gov.my

Borang yang telah diisi dan dilampir bersama dokumen sokongan  lengkap boleh dihantar secara atas talian kepada DBKU untuk kelulusan. Pemohon akan dimaklumkan untuk datang mengambil lesen dan tag anjing  di Kaunter Pelesenan DBKU di Jalan Satok atau Jalan Depo, Semariang. Untuk sebarang pertanyaan,  sila hubungi Unit Pengurusan Lesen di talian 082-512955.