Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 28
total visitor Total Visitors 8,054,024
DBKU tangani isu kebersihan, cakna bergotong-royong
Posted on : 18 Mar 2023  Source of News: TVS
 
Fazzruddin (tengah) bersama Datu Junaidi (2 dari kanan) dan Mohd Faisal (kanan) menyaksikan peserta pertandingan mewarna kanak-kanak. Foto: TVS.

KUCHING, 18 Mac: Flat Sri Wangi di sini dipilih menjadi lokasi pertama Program Inklusiviti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bersama Komuniti pada tahun ini.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Infrastruktur DBKU Mohd Faisal Adenan program yang memupuk masyarakat cakna akan kepentingan budaya bergotong-royong itu dibawakan ke lokasi ekoran pihaknya menyedari komuniti setempat tidak menitikberatkan kebersihan.

DBKU katanya menyasarkan kawasan kejiranan terpilih berdasarkan beberapa kategori seperti kawasan kejiranan yang kurang peka terhadap kebersihan persekitaran serta komuniti yang kurang bergaul antara satu sama lain.

 

Anggota DBKU dan penduduk Flat Sri Wangi bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran flat tersebut. Foto: TVS.

“Pada pagi ini kita sepatutnya melaksanakan program inklusiviti pertama tahun ini di Flat Sri Wangi kerana kita dapati kawasan flat ini kurang menitikberatkan kebersihan persekitaran.

“Ini kerana kebanyakkan penghuni di flat ini adalah penyewa justeru mereka kurang peka dalam menjaga kebersihan selain kurang berinteraksi sesama jiran.

“Namun begitu program ini terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat yang turun mengambil kira kebanyakkan program yang dirancang selepas gotong royong pagi tadi berlangsung di kawasan terbuka,” katanya.

Mohd Faisal berkata demikian kepada TVS selepas program tersebut di Flat Sri Wangi, Kuching 

Bercakap mengenai program Inklusiviti kedua bagi tahun ini, Mohd Faisal berkata pihaknya sedang meneliti kawasan kejiranan lain.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzruddin Abdul Rahman dan Datuk Bandar Kuching Utara Datu Junaidi Redzuan.