Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 22
total visitor Total Visitors 7,968,559
DBKU cemerlang, menang pelbagai anugerah pada 2022
Posted on : 21 Mar 2023  Source of News: Suara Sarawak
 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah mencapai pelbagai pengiktirafan dan anugerah cemerlang pada tahun 2022.

Menurut Datuk Bandaraya Datuk Junaidi Reduan, kejayaan yang telah dikecapi wajar didendangkan dan diambil semangatnya untuk mencapai kemajuan pada masa akan datang.

“Antara pencapaian yang diperoleh pada tahun lalu adalah Anugerah Standard Bandar Pelancongan Bersih Asia (2022-2024) Peringkat Kebangsaan.

“DBKU juga telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak (PSEA) 2021/2022 bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan sekali gus merupakan kali ke-4 mendapat tempat pertama dalam anugerah ini,” katanya dalam Majlis Perhimpunan DBKU Bersama Datuk Bandar di Ibu Pejabat DBKU, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah DBKU dilanjutkan selama tiga tahun yang merupakan pelanjutan pertama sejak 2019.

“Di samping itu, kumpulan KIK PROBE, EMCO DAN E-G7 yang telah mengharumkan nama DBKU di peringkat antarabangsa dan kebangsaan dengan kejayaan dari hasil projek inovasi secara berkumpulan.

“Antaranya memperoleh Anugerah 2 Bintang Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022, Anugerah 2 Bintang Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) dan dinobatkan sebagai Naib Johan Konvensyen Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) 2022,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan seluruh warga kerjanya agar terus memberikan khidmat bakti dan komitmen yang terbaik kepada seluruh warga bandar raya Kuching.

Justeru itu, beliau menyeru warga kerjanya agar tidak leka dan selesa dengan pencapaian tersebut.