Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 28
total visitor Total Visitors 7,971,561
Pemilik, operator e-skuter disaran mohon permit
Posted on : 13 Jan 2023  Source of News: Utusan Borneo
 

Gambar orang awam

Gambar orang awam

KUCHING: Pemilik persendirian atau operator yang ingin mengusahakan operasi Skuter Elektrik Beam (e-skuter) digalakkan mencari tempat dan memohon permit yang sewajarnya daripada pihak majlis bandar raya.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata, operasi e-skuter tidak dibenarkan di kedua-dua taman MBKS dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kerana taman berkenaan tidak direka untuk menampung e-skuter.

“Semua taman tersebut direka untuk berjalan kaki, berlari dan pelbagai jenis sukan lain yang dibenarkan.

"Jika anda ingin menceburi perniagaan jenis ini, gunakan saluran yang betul. Ketahui juga cara dan pendekatan yang betul untuk melakukannya iaitu mendapatkan permit serta lesen daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Bazar Seni Mural Neurodivergen 2023 di sebuah hotel tempatan di sini, hari ini.

Beliau menambah, majlis bandar raya mengutamakan keselamatan rakyat dan aspek perundangan operasi.

“Tunggangan e-skuter tidak boleh dilakukan di atas jalan biasa atau jalan awam atas dasar keselamatan, lebih-lebih lagi e-skuter tidak memerlukan penunggangnya memakai topi keledar atau apa-apa perlindungan lain,” katanya. 

Jelasnya, pengusaha operasi e-skuter tidak harus menjalankan perniagaan untuk menjana wang semata-mata, tetapi turut mempunyai tanggungjawab dalam menjaga keselamatan orang awam yang menunggangnya.

"Jika berlaku kemalangan dan terdapat penunggang atau orang cedera, mereka mungkin boleh dirawat. Akan tetapi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti kematian, siapa yang akan dipersalahkan? Adakah mereka akan menyalahkan majlis bandar raya?" katanya sambil menambah, DBKU bersetuju dengan MBKS mengenai peraturan ini.

Wee dalam pada itu juga sedia maklum bahawa orang ramai telah menuduh pihak majlis tidak memberi peluang kepada belia untuk menubuhkan perniagaan baharu.

“Itu bukanlah komen yang adil kerana syarikat mempromosikan e-skuter tersebut berdaftar di Kuala Lumpur, manakala pemegang sahamnya adalah rakyat Singapura dan Malaysia.

“Mereka yang menjalankan perniagaan ini telah beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia malah di Singapura. Justeru, mereka harus sedia maklum bahawa apabila datang ke Sarawak, mereka perlu mengikut peraturan kita.

"Pada masa yang sama, kita mempunyai kewajipan untuk melindungi nyawa rakyat Sarawak.

“Sehubungan itu, sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan e-skuter, maka buatlah permohonan dengan betul, dapatkan permit dan lesen. Kita telah meletakkan pendirian ini dengan jelas dan tidak menentang sesiapa pun,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Wee juga memaklumkan kepada orang awam bahawa menunggang e-skuter di atas jalan raya atau kawasan selain yang dibenarkan adalah dilarang dan merupakan satu kesalahan.

“Apabila anda ditangkap polis, penaltinya ialah RM300. Mungkin jumlahnya tidak seberapa tetapi bagaimana sekiranya berlaku kemalangan? Adakah mereka akan bertanggungjawab untuk itu?

"Sebarang perkara atau kejadian membabitkan e-skuter merupakan tanggungjawab pengguna. Kita cuba menghalang perkara tidak diingini daripada berlaku selagi kita mampu, tetapi ia masih terpulang kepada individu,” katanya.