Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 61
total visitor Total Visitors 7,967,521
Esplanade dan Medan Niaga Kampung Buntal dinaik taraf – Nancy
Posted on : 09 Nov 2022  Source of News: Dayak Daily
 

Nancy (tengah) pada walkabout di di pasar dan gerai Kampung Buntal.

KUCHING, 9 Nov: Esplanade Buntal yang berpotensi menarik kehadiran pelancong bakal dinaik taraf, kata Caretaker Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Dato Sri Nancy Shukri.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), kerajaan Sarawak kata Nancy terus berusaha ke arah meningkatkan prasarana serta infrastruktur di kawasan tersebut.

Katanya yang juga calon Gabungan Parti Rakyat Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Santubong, kerja naiktaraf dilaksanakan menerusi dasar dan program termasuk menyediakan kemudahan medan niaga.

“Kita berada di kawasan Kampung Buntal yang sememangnya terkenal dengan makanan laut dan Esplanade yang sudah semestinya menjadi destinasi pelancongan terutama sekali dari luar Sarawak, ” kata Nancy.

Beliau berkata demikian semasa ditemui ketika mengadakan ‘Walkabout’ di pasar dan gerai Kampung Buntal di sini hari ini.

Pada lawatan itu, Nancy diberi Taklimat Pembangunan Medan Niaga Kampung Buntal daripada pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengenai perancangan untuk membina tempat yang membantu meningkatkan ekonomi setempat.

Nancy dalam pada itu berharap projek naik taraf ini dapat dilaksanakan secepat mungkin untuk manfaat penduduk sekitarnya.

Tambah Nancy, projek naik taraf ini akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2025 dan bakal merancakkan lagi sektor pelancongan dan ekonomi di kampung berkenaan.

Hadir sama mengiringi beliau Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi. — DayakDaily