Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 346
total visitor Total Visitors 7,968,123
IDECS 2022 : CENTEXS dan DBKU bekerjasama bangunkan komuniti di Kuching Utara
Posted on : 13 Jun 2022  Source of News: TVS
 
Sebahagian peserta yang menghadiri IDECS 2022 : Tech Talks With CENTEXS yang berlangsung pada Sabtu.Foto DBKU.

KUCHING, 11 Jun : Menjelang Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022, Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjalinkan kerjasama untuk membangunkan komuniti di bawah naungan DBKU.

Timbalan Pengarah Digital Academy, Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim berkata, program yang dijalankan itu penting untuk mengesan dan menonjolkan bakat yang ada dalam komuniti.

Katanya, program yang dijalankan hari ini memberi pendedahan kepada peserta terlibat mengenai teknologi terkini serta bagaimana ia mampu memberi impak kepada kehidupan seharian mereka.

“Melalui program ini hari ini, peserta dapat melihat sendiri peralatan teknologi dan mempelajarinya.

“Seterusnya mereka boleh mengaitkannya dengan apa yang  ingin dihasilkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri  IDECS 2022: Tech Talks With CENTEXS’, di bawah Program International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) 2022 di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan Komuniti DBKU, Mohammad Azlan Mohamed berkata , program berkenaan membuka ruang bagi warga Kuching Utara untuk bekerjasama dengan CENTEXS dan menjana pendapatan.

Katanya, CENTEXS dikenali sebagai agensi yang menjadi pelopor kepada ekonomi digital di Sarawak menerusi kepelbagaian program yang dilaksanakan sebelum ini.

“Sehubungan itu, melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimenterai membabitkan DBKU dengan CENTEX , ia diharap dapat membantu warga di Kuching Utara dalam meningkatkan pendapatan mereka.” katanya.

IDECS merupakan persidangan global tahunan ikonik yang menghimpunkan pakar-pakar terkemuka untuk berkongsi idea baharu, membangunkan strategi, dan menangani isu serta cabaran untuk bergerak ke hadapan dalam ekonomi digital. – TVS