Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 39
total visitor Total Visitors 8,075,444
DBKU sokong cadangan penubuhan jawatankuasa bersama dengan MBKS
Posted on : 06 Sep 2019  Source of News: Utusan Borneo
 
Junaidi (kiri) serah tugas dengan Abang Wahap (kanan) disaksikan Abang Johari. - Gambar oleh Chimon Upon
Junaidi (kiri) serah tugas dengan Abang Wahap (kanan) disaksikan Abang Johari. - Gambar oleh Chimon Upon

KUCHING: Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datu Junaidi Reduan menyokong penuh cadangan penubuhan jawatankuasa bersama antara DBKU dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). 

Menurut Junaidi yang baharu mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar hari ini,  jawatankuasa tersebut wajar dipanjangkan kepada satu lagi majlis tempatan iaitu Majlis Perbandaran Padawan (MPP). 

“Jika anda perasan, MPP dan DBKU sempadannya selepas pasar raya besar Emart adalah di bawah MPP dan kawasan Padungan di bawah MBKS. 

“Jadi, kami perlu bekerja bersama dengan dua majlis ini kerana tidak ada perkara seperti DBKU DBKU, MBKS MBKS. Kami perlu bekerja bersama,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan ini pada sidang media selepas majlis angkat sumpah sebagai Datuk Bandar di Rotunda, Aras 4, Ibu Pejabat DBKU di sini hari ini. 

Cadangan tersebut disuarakan oleh Datuk Bandar MBKS yang baharu, Datuk Wee Hong Seng dimana jawatankuasa bersama tersebut berperanan sebagai jambatan antara kedua-dua majlis bagi mengenal pasti dan menguruskan isu di kawasan tanggungjawab bersama. 

Ditanya bila jawatankuasa ini akan berjumpa dan bermesyuarat, Junaidi berkata ia akan diadakan dalam masa terdekat ini. 

Malah katanya beliau sendiri sudah mengadakan perbincangan tidak formal dengan Datuk Bandar MBKS. 

Mengenai isu-isu yang mahu ditangani, Junaidi berkata Datuk Bandar MBKS ada menyuarakan mengenai masalah kesesakan trafik. 

Katanya perkara itu sebaiknya dibincangkan secara bersama dan keputusan dibuat secara bersama. 

“Kami perlu duduk berbincang bersama dahulu bagi mengenal pasti permasalahan yang perlu diberi tumpuan dan mencarta hala tuju kami secara bersama,” katanya. 

Dalam pada itu majlis angkat sumpah hari ini disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. 

Junaidi, 61, dilantik sebagai Datuk Bandar DBKU yang baharu menggantikan Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.