Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 21
total visitor Total Visitors 7,972,534
MBKS tangkap anjing berkeliaran, rangka strategi tangani ancaman rabies
Posted on : 09 May 2023  Source of News: Borneo. Network
 

KUCHING-- Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) kini merangka strategi dan garis panduan bagi menangani ancaman rabies di badaraya ini melalui pindaan dasar dan ordinan semasa.

Datuk Bandarnya, Dato Wee Hong Seng berkata, Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian komited dalam memerangi rabies di negeri ini.

"Salah satu usaha itu adalah supaya undang-undang peringkat negeri dipinda di Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberikan komitmennya untuk mencapai sifar kematian rabies manusia dalam tempoh tujuh tahun dan kita mesti berusaha ke arah misi ini," katanya pada operasi bersama PBT Bahagian Kuching di bangunan MBKS di sini, hari ini.

Dalam operasi yang dijalankan hari ini sebanyak 23 anjing liar yang berkeliaran sekitar bandaraya Kuching berjaya ditangkap.

Katanya, beliau yakin wabak rabies boleh ditangani dengan adanya kerjasama dalam satu pasukan seperti peperangan melawan COVID-19 sebelum ini.

“Matlamat kita adalah untuk mewujudkan komuniti yang selamat dan bandar yang sihat yang bebas daripada rabies dan menjadi kewajipan kami untuk berkhidmat, melindungi dan memastikan rakyat selamat," katanya.

Katanya, operasi bersama MBKS, Majlis Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) dan polis bermula minggu ini.

"Operasi itu akan melihat untuk memastikan kawasan sekitar Kuching bebas rabies. Kami juga menyasarkan untuk membersihkan seberapa banyak anjing liar yang berkeliaran di kawasan awam. 

“Ini adalah hanya sebahagian daripada pelan tindakan. Kami akan melaksanakan tanggungjawab termasuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit itu terutamanya tentang kepentingan vaksinasi rabies ke atas anjing,” katanya.

Menurutnya lagi, vaksinasi akan menjadi strategi paling efektif untuk mencegah rabies.