Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 24
total visitor Total Visitors 7,968,344
Kuching Utara ke arah capai Inisiatif Bandar Mesra Kanak - Kanak
Posted on : 04 Feb 2023  Source of News: TVS
 

KUCHING, 2 Feb: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berhasrat untuk mencapai status sebagai bandar yang mesra untuk kanak – kanak.

Ke arah itu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi menjayakan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI).

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, perkara itu selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“Matlamat DBKU adalah untuk menjadikan kanak-kanak di Kuching Utara berasa selamat daripada eksploitasi, keganasan dan penderaan.

“Melalui pemeteraian MoU ini, DBKU akan menjadi bandar yang mesra untuk kanak-kanak seperti persekitaran yang selamat, sekolah dan sistem kesihatan yang lebih efektif termasuk infrastruktur dan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas sesi menandatangi MoU berkenaan di sini hari ini.

Katanya lagi, selaras dengan pemeteraian MoU berkenaan, DBKU dan UNICEF akan bekerjasama dalam menyediakan pelan terbaik untuk kesejahteraan kanak-kanak merangkumi objektif yang jelas, impak, garis panduan, kewangan, garis masa serta kriteria yang diperlukan untuk mencapai CFCI oleh UNICEF.

Sementara itu, Datuk Bandar DBKU, Datu Junaidi Reduan berkata, melalui konsep Kejiranan Mesra (KJM), antara aktiviti yang sudah dijalankan adalah pertandingan mewarna.

“Bagi aspek fasiliti pula, perpustakaan dan taman permainan kanak-kanak masih dalam pembinaan,” katanya.

Sementara itu, wakil Timbalan Program UNICEF, Sanja Saranovic berkata, Kerajaan Sarawak aktif dalam mempromosikan hak kanak-kanak susulan perbincangannya bersama wakil kerajaan negeri pada Rabu.

DBKU merupakan bandar ketiga yang memeterai MoU dalam mencapai CFCI selepas Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Bandaraya Miri (MCC).

Sesi pemeteraian MoU tersebut ditandatangani di antara Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang dan Saranovic.

Turut hadir, Ketua Dasar Sosial UNICEF, Dr Juanita Vasquez Escallon.