Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 233
total visitor Total Visitors 8,092,335
Kerajaan komited sediakan air bersih di Sarawak
Posted on : 04 Nov 2021  Source of News: Sarawak Voice
 


BINTULU: Kerajaan Sarawak menerusi JBALB komited dalam menyediakan air bersih terawat kepada rakyat di negeri ini.

Justeru, Menteri Utiliti Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata perancangan yang teliti perlu dibuat bagi memastikan bekalan air dapat disalurkan ke semua pelosok negeri ini termasuk luar bandar.

Antaranya, katanya, adalah dengan meneliti pelan induk, komponen sistem air, pengagihan bekalan air serta komponen-komponen berkaitan yang lain.

“Selain daripada itu, paip-paip lama perlu diganti dan ditukar, sistem bekalan air juga perlu ditambahbaik dan dinaiktaraf.

” Ini merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh kita dan kerja-kerja ini memerlukan peruntukkan yang sangat besar,,ujarnya seusai menghadiri taklimat Bekalan Air di Pejabat LAKU Bahagian Bintulu.

Tambah Adun Kemena itu lagi, pihak Kementerian dan agensi berkaitan  juga perlu menghadapi pelbagai isu yang timbul berkenaan dengan ketiadaan bekalan air dan menyelesaikan setiap isu yang timbul.

Namun demikian, aduan  ini semakin berkurangan kerana kita telah menangani isu ini dengan menyediakan rancangan intervensi segera (immediate intervention), jelasnya.

“Pada hari ini dengan melihat perancangan yang sedia ada, cabaran-cabaran yang dihadapi serta melihat kepada situasi sekarang, apa yang penting sekarang adalah untuk memastikan prestasi kementerian serta agensi dapat dicapai, dengan menyalurkan bekalan air ke kawasan-kawasan yang belum mempunyai air.

Meskipun dilanda oleh pandemik Covid-19, kita masih mampu untuk melaksanakan serta menyiapkan projek-projek bekalan air.

Sebanyak 21 projek daripada 26 buah projek rakyat di Bintulu telah siap dilaksanakan,ujarnya.

Sejurus selesai taklimat, Rundi dan rombongan terdiri daripada Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU dan Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air)Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Sarawak Datuk Ir. Alice Jawan, Pengarah JBALB Sarawak, Ir. Chang Kuet Shian
Ketua Pegawai Eksekutif LAKU Management Sdn. Bhd, Daniel Punang meninjau Loji Rawatan Air Nyabau.

Memyentuh mengenai projek SAWAS pula, Rundi berkata SAWAS merupakan satu projek yang bersifat komuniti dan merupakan sebahagian Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) dan digunakan ketika RES projek diperkenalkan.

Beliau berkata antara cabaran utama yang dihadapi adalah untuk mendidik dan melatih komuniti untuk menjaga sistem SAWAS.

Pada masa sama, beliau berharap penduduk di kawasan luar bandar memahami setiap cabaran yang dihadapi oleh pihak Kementerian terutama dalam menyediakan kemudahan asas (air dan elektrik).