Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 72
total visitor Total Visitors 7,970,143
DBKU Cantas Dahan Sentuh Kabel Elektrik Demi Keselamatan Warga SMK Santubong
Posted on : 30 Jun 2020  Source of News: TVS
 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mengambil tindakan segera mencantas dahan pokok dalam kawasan SMK Santubong yang mendatangkan bahaya kepada warga sekolah.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, dahan tersebut mungkin boleh menghempap individu yang melalui kawasan berkenaan selain sudah menyentuh kabel elektrik.

“Keadaan amat berbahaya bukan sahaja kepada warga sekolah tetapi sudah menyentuh kabel elektrik yang terletak di kawasan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa meninjau keadaan pendawaian elektrik dan pokok di SMK Santubong pada Isnin.

Tinjauan tersebut turut disertai wakil Kementerian Utiliti, Sarawak Energy Berhad (SEB) dan DBKU.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, tindakan bersepadu juga perlu dilakukan supaya langkah terbaik dapat diambil bagi menyelesaikan masalah pendawaian elektrik dan pokok dalam kawasan SMK Santubong.

“Terdapat beberapa pokok besar yang mendatangkan bahaya apabila dahannya patah dan jatuh menghempap atap bangunan sekolah serta kabel elektrik dan wayar telefon. Pokok ini akan ditebang atau dicantas,” ujarnya.

Menurutnya, terdapat kemungkinan pendawaian elektrik utama di sekolah tersebut akan dibaikpulih kepada keadaan yang lebih selamat.

“Satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat ini agar keputusan terbaik dapat diambil,” jelasnya.

Turut hadir Pengarah Elektrik Kementerian Utiliti Sarawak Syed Mohd Fauzi Al Shahab dan Pengetua SMK Santubong Othman Ibrahim.