Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 28
total visitor Total Visitors 7,971,570
Tiada peniaga ingkar setakat hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan - DBKU
Posted on : 19 Mar 2020  Source of News: Utusan Borneo
 
Dusten menyerahkan notis kepada peniaga di Satok.
Dunsten menyerahkan notis kepada peniaga di Satok.

KUCHING: Tiada aduan dan tindakan terhadap peniaga ingkar direkodkan setakat dua hari pelaksanaan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu di bawah kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Ketua Bahagian Penguatkuasa DBKU Dunsten Mogei berkata, sepanjang dua hari pemantauan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, pihaknya tidak menerima laporan berhubung peniaga yang ingkar dengan perintah tersebut dalam kawasan pentadbiran DBKU.

"Jika ada peniaga yang ingkar kita akan melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diambil tindakan kerana perintah ini dikuatkuasakan di bawah bidang kuasa polis.

"Namun, setakat ini kita belum ada menerima laporan atau aduan berhubung peniaga khususnya premis makanan yang ingkar dengan perintah ini," katanya ketika ditemui pemberita ketika operasi penyerahan notis penutupan premis perniagaan di sekitar Satok di sini hari ini.

Mengenai operasi itu, katanya, DBKU menerusi penguatkuasa menyerahkan notis penutupan premis sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Untuk premis kedai makanan pula, Dunsten menjelaskan, peniaga hanya boleh membuka premis mereka sehingga jam 8 malam sahaja.

"Kedai atau restoran makanan hanya dibenarkan dibuka sehingga jam 8 malam dan hanya untuk perkhidmatan pandu lalu, penghantaran dan bawa pulang sahaja.

"Notis ini dikeluarkan berkuat kuasa dengan serta merta sehingga 31 Mac ini," tegasnya lagi.

Tambahnya, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak mematuhi kehendak notis tersebut akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Selain itu, katanya, DBKU mengarahkan agar penutupan sementara ke atas premis perniagaan seperti pusat penjaja, pasar malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, panggung wayang, dobi, spa dan premis perniagaan lain yang tidak menawarkan perkhidmatan barangan harian.