Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 30
total visitor Total Visitors 7,971,920
Bazar Ramadan di bawah seliaan DBKU mungkin dibatalkan
Posted on : 18 Mar 2020  Source of News: Pressreader Utusan
 

MUNGKIN BATAL: Dr Abdul Rahman menjawab pertanyaan pihak media di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin di Kuching, semalam.

KUCHING: Bazar Ramadan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang bakal diadakan pada April depan berkemungkinan besar akan dibatalkan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, bazar Ramadan mungkin dibatalkan sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin dilanjutkan.

“Namun setakat ini kita masih belum membuat sebarang keputusan rasmi tentang gerai bazar Ramadan pada bulan April depan.

“Sekiranya terdapat arahan daripada kerajaan untuk melanjutkan tempoh mengurangkan pergerakan masyarakat sehingga bulan April, kemungkinan besar bazar Ramadan akan dibatalkan.

“Tetapi ia bergantung kepada keputusan kerajaan, apa yang hendak dilaksanakan pada bulan depan,” katanya pada sidang media mengenai penutupan Masjid Darul Hana di Jalan Tun Salahuddin di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman berkata, perintah kawalan itu juga adalah termasuk penutupan gerai-gerai pasar malam yang melibatkan perhimpunan orang ramai.

Menurutnya, pihak DBKU akur dengan keputusan yang akan diumumkan kerajaan untuk membatalkan aktiviti melibatkan orang ramai.

Pada Isnin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

Perintah kawalan pergerakan itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.