Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Masalah vandalisme kawasan DBKU membimbangkan
Posted on : 15 Feb 2020  Source of News: Utusan Borneo
 
Junaidi menerima cenderamata yang disampaikan Obeng. Junaidi menerima cenderamata yang disampaikan Obeng.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengalami kerugian besar akibat masalah vandalisme, kata Datuk Bandar Kuching Utara Datu Junaidi Reduan.

Meskipun tidak menyatakan jumlah kerugian namun masalah itu semakin membimbangkan, justeru katanya pelbagai usaha telah dilakukan bagi mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga kemudahan awam, namun masalah itu tetap berlaku.

“DBKU mengambil tindakan untuk mengurangkan perbuatan vandalisme termasuk menjalankan projek mencantikkan pusat pengumpulan tong sampah sedia ada dalam kawasan pentadbirannya

“Selain itu, kita turut mengadakan program kesedaran mengenai kepentingan memelihara kebersihan dan harta benda awam. Kita harap dengan adanya usaha sebegini, dapat membantu mengurangkan gejala vandalisme dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada media pada perasmian Projek Perintis Mencantikkan Pusat Pengumpulan Tong Sampah di Kampung Gita Baru di sini, hari ini.

Junaidi menambah, perbuatan merosakkan kemudahan awam hanya menyukarkan orang ramai.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, Stephen Chin dan Penghulu Kampung Gita Baru, Obeng Abang Oteng.