Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Program Plogging pastikan bandar raya Kuching sentiasa bersih
Posted on : 29 Oct 2019  Source of News: Utusan Borneo
 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Program Plogging dalam usaha memastikan bandar raya Kuching sentiasa bersih.

Program Plogging merupakan satu aktiviti riadah seperti joging sambil mengutip sampah yang dijumpai di manamana sahaja.

Simbolik penyerahan beg plastik bagi membudayakan aktiviti plogging telah diadakan semalam sempena Majlis Perhimpunan Khas di Auditorium DBKU di sini.

Majlis perhimpunan khas tersebut dihadiri Menteri MudadiJabatanKetuaMenteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air).

Turut hadir Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan, Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad, Timbalan Pengarah Prinsipal DBKU Mohamed

Khaidir Abang serta yang lain.

Bercakap lebih lanjut mengenai Program Plogging, ia bertujuan memupuk kesedaran dan kepekaan dalam kalangan orang awam terhadap penjagaan alam sekitar.

Sehubungan itu, datuk bandar menyarankan agar aktiviti ini dimulakan warga kerja DBKU sebelum dipanjangkan kepada orang awam.

Di bawah program ini setiap warga kerja DBKU akan dibekalkan dengan plastik sampah yang akan dibawa ke mana sahaja bagi membudayakan ‘you see litter, you pick it up’.

Terdahuludalamamanatnya, Dr Abdul Rahman mahu warga kerja DBKU meneruskan pencapaian cemerlang dalam mentadbir urus DBKU.

“Tidak dinafikan pentadbiran dan pengurusan DBKU adalah yang paling disegani dalam kalangan majlis dan pihak berkuasa tempatan di negeri ini.

“Jadi, kita harap warga kerja DBKU akan mengekalkan dan meningkatkan lagi budaya kerja cemerlang ini agar setanding dengan majlis-majlis bandar raya di negara-negara maju,” katanya.

Pada perhimpunan khas semalam, Dr Abdul Rahman turut menyampaikan anugerah kepada warga kerja DBKU yang telah brrkhidmat 25 tahun dan sijil penghargaan kepada pegawai bersara.