Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Pelbagai karya lukisan kucing Sarawak dipamer pada ‘Uptown Cat VI’ 2019
Posted on : 18 Aug 2019  Source of News: Utusan Borneo
 
 Abang Wahap merakamkan kenangan bersama pemenang Pertandingan Karya Seni sempena ‘Uptown Cat VI’ 2019. TAHNIAH: Abang Wahap merakamkan kenangan bersama pemenang Pertandingan Karya Seni sempena ‘Uptown Cat VI’ 2019.

KUCHING: Pelbagai karya lukisan kucing Sarawak hasil seni 70 pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di sini dipamerkan pada Pameran ‘Uptown Cat VI’ 2019 sempena Hari Bandaraya Kuching Ke-31 di Muzium Kucing, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, pameran itu diadakan selama tiga bulan bermula semalam yang mempamerkan puluhan jenis lukisan kucing Sarawak, kucing kesayangan dan kucing baka baik.

“Program ini merupakan salah satu program yang tersenarai antara 18 jenis program dan aktiviti yang dirancangkan sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching Ke-31.

“Pameran ini diadakan dari 17 Ogos hingga 17 November 2019 yang disertai para pelukis dari IPT awam dan swasta seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kolej SIDMA, Universiti Lim Kok Wing dan Universiti Swinburne yang melibatkan 70 pelajar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian dan penyampaian hadiah Pameran ‘Uptown Cat VI’, Muzium Kucing, DBKU di sini semalam.

Dalam pada itu, Abang Wahap memberitahu tujuan pameran tersebut diadakan untuk mempromosikan Muzium Kucing sebagai pusat tarikan pelawat dari dalam dan luar negeri.

“Selain itu, ia juga bagi memberi garis panduan dan pengetahuan mengenai kucing dan keluarga kucing untuk difahami dan dihayati oleh pelawat serta merupakan program kesedaran dan pendidikan mengenai kucing melalui seni lukisan,” tambahnya.

Jelasnya, pameran itu dianjurkan setiap dua tahun yang mula diadakan pada 2009.

“Pameran ‘Uptown Cat VI’ pada tahun ini dimeriahkan dengan aktiviti Pertandingan Karya Seni bagi mencungkil bakat dan daya kreativiti pelajar mahupun pelukis muda tempatan.

“Aktiviti sampingan lain yang turut diadakan ialah Pertandingan Mewarna Kucing 3D yang disertai pelajar sekolah dengan menyediakan hadiah berupa piala, plak dan hamper,” katanya lagi.

Pada majlis yang dihadiri Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad itu, Abang Wahap turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Karya Seni.

Pertandingan itu menyaksikan johan dimenangi pelajar UiTM Sarawak Noraziah Mohd Razali menerusi hasil karyanya yang bertajuk ‘You Found Us’ yang membawa pulang wang tunai RM800, plak dan hamper.

Manakala naib johan dimenangi Mohammad Shahmizan Awang Yaman menerusi karyanya yang bertajuk ‘Keringat’ sekali gus membawa pulang wang tunai RM500, plak dan hamper.

Tempat ketiga yang menawarkan hadiah wang tunai RM300, plak dan hamper pula dimenangi Chai Cheau Shin menerusi karyanya ‘Three Cute Kittens On The Grass.’