Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 34
total visitor Total Visitors 7,967,623
48 jam untuk bersihkan Jalan Datuk Ajibah Abol
Posted on : 22 Jun 2019  Source of News: Suara Sarawak
 

KUCHING: DBKU memberi 48 jam untuk penduduk di tiga buah kampung di Jalan Datuk Ajibah Abol untuk melakukan pembersihan menyeluruh susulan penarafan kawasan tersebut sebagai lokasi titik panas wabak denggi.

‘Titik panas’ bermaksud wabak tersebut gagal dikawal dalam tempoh sebulan dan sehingga semalam, kawasan tersebut merekodkan 45 kes.

Pengarah DBKU, Dr Morshidi Ahmad berkata, kampung-kampung yang dimaksudkan ialah Kampung Masjid, Bintangor Kecil dan Bintangor Besar.

Berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri semalam, kawasan titik panas telah dikenal pasti sebagai deretan kedai terbiar yang kini dihuni gelandangan.

“Ketika ini, jumlah kes denggi di Daerah Kuching adalah sebanyak 241 kes dan 93 kes di kawasan pentadbiran DBKU termasuk 38 kes di Jalan Datuk Ajibah Abol.

TAKLIMAT…Dr. Morshidi memberi taklimat kepada ketua masyarakat di Zon Merah Nyamuk Aedes di Lorong 13, Jalan Datuk Ajibah Abol, Kuching semalam.

Kita tidak mahu penduduk terus membiak nyamuk Aedes, tolong beri kerjasama, lakukan pembersihan kerap,” katanya kepada media ketika membuat tinjauan di Jalan Datuk Ajibah Abol di sini.

Jelasnya, penduduk diberi masa dua hari sebelum pihak berkuasa tempatan melaksanakan penguatkuasaan yang mengenakan kompaun sebanyak RM500 bagi seekor jentik-jentik.

“Jika ada 10 jentik-jentik mereka akan dikenakan kompaun sebanyak RM5,000. Buang tempat boleh menakung air, bersih persekitaran.

“Bangunan terbiar dijadikan tempat berteduh gelandangan antara faktor meningkat kes selain
pembentungan terbiar dengan tiada penutup,” katanya.

Sebelum ini kata Morshidi, DBKU bersama PBT terlibat melakukan gotong-royong, program pengasapan dan program kesedaran.

“Kita telah melakukan pemeriksaan terhadap 223 premis dan 16 daripadanya positif,” katanya menambah, kejiranan harus saling bekerjasama mempertingkat aspek kebersihan kawasan rumah, longkang dan persekitaran tempat tinggal.

“Jangan jadikan tempat tinggal kawasan membiak nyamuk Aedes, lakukan pembersihan kerap,” katanya.

Morshidi berkata, jalan berkenaan masih dikategori kawasan wabak tidak terkawal dan program pembasmian yang kerap dilakukan kebelakangan ini sedikit sebanyak mempertingkatkan kesedaran penduduk.

“Sekarang wabak demam denggi dalam kawasan ini masih lagi dalam keadaan tidak terkawal. Bagi yang ingkar dengan arahan, kami mengenakan kompaun,” jelas beliau.

Beliau juga meminta pihak ketua kampung dan penghulu agar memaklumkan DBKU jika terdapat tempat yang disyaki pembiakan nyamuk Aedes.