Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 37
total visitor Total Visitors 8,065,863
Bazar Ramadan Satok tawar pelbagai juadah berbuka puasa
Posted on : 08 May 2019  Source of News: Utusan Borneo
 

ABANG Johari (tiga kiri) merasmikan Bazar Ramadan Satok. Turut kelihatan Dr Sim (dua kanan) dan Abang Wahap (dua kiri).

KUCHING: Bazar Ramadan Satok mula dibuka kepada orang ramai semalam dengan pelbagai juadah berbuka puasa dijual sepanjang bulan Ramadan ini.

Majlis perasmian bazar Ramadan berkenaan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Isnin.

Pada majlis tersebut, Abang Johari turut mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada para pengunjung sebagai juadah untuk mereka berbuka puasa.

Dalam pada itu sebanyak 93 gerai dibuka di Bazar Ramadan Satok yang menjual pelbagai aneka juadah berbuka puasa termasuk air minuman.

Antaranya pelbagai aneka kuih-muih tradisional dan moden, masakan berlauk, bubur pedas, nasi hujan panas, tapai madu, ikan dan ayam panggang dan banyak lagi.

Dalam pada itu penganjur, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak membenarkan penggunaan bekas styrofoam untuk membungkus makanan pada bazar kali ini.

Selain Satok, dua lagi bazar turut dibuka oleh DBKU bermula semalam iaitu di Semarak dan Sukma Ria yang masing-masing dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman dan ADUN Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.