Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 33
total visitor Total Visitors 7,971,623
DBKU merekodkan jumlah tunggakan cukai taksiran hampir RM18.4 juta
Posted on : 22 Mar 2019  Source of News: Utusan Borneo
 
 Abang Wahap (dua kanan) dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara mengadakan pertemuan bersama Hasidah (tengah). BINCANG: Abang Wahap (dua kanan) dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara mengadakan pertemuan bersama Hasidah (tengah).

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merekodkan jumlah tunggakan cukai taksiran hampir RM18.4 juta yang masih belum dijelaskan dari tahun 1989 sehingga 2018.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dalam satu kenyataan berkata, pertambahan jumlah tunggakan yang belum dijelaskan oleh pembayar cukai merupakan cabaran kepada pihaknya bagi menampung kos mengurus dan menyelenggara bandar raya.

“Sebagai pihak berkuasa tempatan yang mengurus bandar raya Kuching Utara, DBKU sentiasa berusaha memastikan kualiti kehidupan warga kota adalah kondusif dengan penyampaian perkhidmatan yang terunggul.

“Pelbagai usaha telah diambil oleh DBKU untuk mengutip tunggakan cukai taksiran tersebut termasuk kaveat, tindakan saman kepada pembayar cukai taksiran yang gagal menjelaskan tunggakan, mengadakan kaunter bergerak bagi memudahkan pembayaran, pembayaran secara atas talian seperti Jompay, PayBills, Maybank2u, Sarawak Pay dan menyediakan kaunter sama ada di pejabat DBKU mahupun agensi lain,” katanya.

Abang Wahap memberitahu, perjumpaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada 19 Mac lalu di Wisma Bapa Malaysia akan menjadi wadah untuk DBKU memaklumkan beliau berhubung tunggakan cukai taksiran di bawah DUN Samariang.

Jelasnya, kawasan DUN Samariang menyumbang 20.65 peratus daripada keseluruhan tunggakan cukai taksiran tersebut.

“DBKU akan bekerjasama erat dengan beliau dalam program yang dianjur DUN Samariang bagi memberi kesedaran berhubung tanggungjawab membayar cukai dan menyediakan saluran bayaran.

“Siri taklimat bersama Yang Berhormat bagi DUN yang lain juga akan diadakan dalam masa terdekat,” ujarnya.