Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 29
total visitor Total Visitors 7,970,837
Keselamatan, kesejahteraan dalam komuniti perumahan aspek penting perlu dijaga
Posted on : 22 Mar 2019  Source of News: Utusan Borneo
 
Keselamatan dan kesejahteraan dalam komuniti perumahan merupakan aspek penting yang perlu dijaga bagi membanteras masalah sosial daripada terus berlaku.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagaimanapun tanggungjawab atau peranan dalam menjaga keselamatan di kejiranan perumahan tidak hanya terhad kepada pihak berkuasa sahaja.

“Tanggungjawab untuk menjaga ketenteraman di setiap kawasan kejiranan masingmasing tidak harus diserahkan kepada pihak berkuasa atau agensi kerajaan.

“Ketenteraman di kawasan perumahan atau kejiranan itu dapat kita lakukan jika semua mempunyai semangat bekerjasama khasnya masyarakatnya sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Kejiranan Selamat 2019 anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang dihadiri Pengarah DBKU Morshidi Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman di sini, semalam.

Abdul Karim yang juga pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak berkata, dalam setiap kejiranan aspek keselamatan sudah pasti menjadi keutamaan bagi mengelak sebarang masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah atau kecurian.

Bagaimanapun dalam usaha itu, katanya penduduk atau masyarakat setempat tidak harus hanya menyerahkan ia kepada pihak berkuasa atau anggota keselamatan dalam mencegah dan mencari pe- nyelesaian.

“Maka itu saya berharap khasnya Kejiranan Mesra (KJM) DBKU yang ditubuhkan dapat memain peranan dengan melihat perkara ini dengan lebih mendalam kerana masalah sosial di kawasan kejiranan juga boleh membawa kesan besar.

“Jika perkara seperti ini dapat kita lihat dengan mendalam ia mungkin membantu mencegah pelbagai masalah sosial termasuk penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat kita,” tegasnya.

Sementara itu, Morshidi dalam ucapannya berkata, pegawai DBKU kini dalam usaha menubuhkan Yayasan KJM untuk menambah dana bagi membantu KJM di kawasan tadbirannya.

Katanya memandangkan kini KJM sudah menjangkau 50 buah di kawasan DBKU, peruntukan yang diagihkan oleh DBKU menjadi terhad dan berkurangan bagi setiap KJM.

“Dengan Yayasan KJM ini ia membolehkan sama ada pihak kerajaan, korporat atau individu menyumbang dalam membangunkan KJM.

“Pada 10 tahun lepas, KJM DBKU hanya sembilan sahaja berbanding sekarang. Untuk makluman, penyertaan dalam KJM amat memberangsangkan dan ia mampu menyumbang hasil ekonomi kepada penduduk terlibat,” katanya.

Menurut Morshidi setiap satu komuniti KJM disaran menghasilkan satu produk yang akan meningkatkan pendapatan penduduk.

Tambahnya ia sekali gus mampu membantu mereka yang kurang pendapatan dan membasmi kemiskinan di kawasan berkaitan.