Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 42
total visitor Total Visitors 8,100,291
Perkampungan Melayu dipromosikan sebagai kawasan tarikan pelancong
Posted on : 25 Dec 2018  Source of News: Press Reader
 

KUCHING: Perkampungan Melayu dalam kawasan Satok di sini dipromosikan sebagai kawasan tarikan pelancong bagi program Tahun Melawat Sarawak 2019.

Bagi tujuan itu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kini giat mengindahkan perkampungan ini yang juga tersenarai sebagai Kampung Warisan di bawah inisiatif Old Kuching Heritage.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata kerja pengindahan itu melibatkan tujuh kampung iaitu Kampung Masjid, Kampung Bintangor Besar dan Kecil, Kampung Bandarsah, Kampung No.4, No.5 dan No.6.

“Sebagaimana yang kita sedia maklum, kawasan Satok ini merupakan sebuah perkampungan dalam bandar dan sentiasa menerima kunjungan dan lawatan daripada para pelancong dari dalam mahupun luar negara.

“Kita berharap usaha kecil pengindahan kampung ini akan dapat mempromosikan kampung Melayu di bandar dalam kawasan Satok sebagai kawasan tumpuan pelancong untuk Tahun Melawat Sarawak 2019.

“Oleh itu pada hari ini (Ahad) sebanyak 300 anak pokok bunga jasmin diserahkan untuk ditanam di tujuh kampung ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Gotong-Royong Pengindahan Tebingan Sungai Kampung Masjid, Bintangor, Bandarshah dan Penyerahan Pokok Bunga Jasmin di sini pada Ahad.

Program tersebut dihadiri TimbalanSetiausahaKerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit.

Abang Wahap dalam pada itu berharap program itu selain daripada memelihara dan memulihara alam sekitar, juga dapat menyatukan individu dan komuniti untuk berganding bahu dalam usaha menjadikan bandar raya Kuching lebih hijau, cantik dan indah.

Selain memelihara dan memulihara alam sekitar, DBKU juga merasakan perlu untuk menghidupkan semula peninggalan warisan budaya ke arah Kuching bandar warisan.

Sehubungan itu, DBKU akan berkampung tujuh hari tujuh malam bermula 25 hingga 31 Mac 2019 di Tebingan Kuching.

Katanya pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya pameran warisan dan agensi dan ruang pameran warisan, larian malam dan banyak lagi aktiviti lain.