Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 27
total visitor Total Visitors 7,901,649
India Street tidak akan mati lagi waktu malam
Posted on : 13 Dec 2018  Source of News: Sarawak Voice
 

KUCHING: Banyak pihak menganggap kawasan di tengah-tengah bandar raya ini mati pada waktu malam.

Bagi mengelak daripada tanggapan dan keadaan sedemikian, satu daripada langkah yang bakal diambil oleh Persatuan Lebuh India adalah mengadakan pasar malam khas di Lebuh India mulai tahun depan.

Lebuh India atau India Street, tempat yang bersejarah, dan kawasan beli-belah terkemuka suatu ketika dahulu, sehingglah muncul pelbagai pusat beli-belah moden seperti Sarwak Plaza, The Spring, Viva City, CityOne dan Aeon.

Pengerusi persatuan itu, Datuk Wee Hong Seng berkata, tujuan langkah tersebut diambil adalah bagi menarik lebih ramai pengunjung, selain menjana pendapatan kepada para peniaga.

Rancangan itu, jelasnya kepada media semalam,akan dilaksanakan pada awal tahun depan, dengan masa operasi perniagaan dari 6 petang hingga 10 malam.

“Ini hanya percubaan bagi memeriahkan kawasan itu,” katanya, sambil menambah bahawa pihaknya akan juga menyediakan gerai untuk menjual kraf tangan.

“Sekiranya rancangan ini berjaya, kita akan perluaskan kepada para peniaga makanan,” jelasnya. –Sarawakvoice

Foto: Sarawak Tourism