|
|
|
DBKU menang tempat ketiga Anugerah MyPLACE 2025 bagi Projek Taman Perpaduan |
|
Posted on : 15 Sep 2025 Source of News: TVS
|
Pengiktirafan ini sekali gus mengukuhkan komitmen DBKU dalam membangunkan persekitaran bandar yang hijau, lestari dan inklusif demi kesejahteraan warga Kuching. Foto DBKU
KUCHING, 13 Sept: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mencatat pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai Pemenang Emerald (Tempat Ketiga) bagi Kategori 2: Taman Bandar dan Bandaraya (Subkategori 2A: Bawah 50 Hektar) melalui Projek Pembangunan Taman Perpaduan di kawasan Reservoir Park dalam Anugerah MyPLACE 2025 anjuran Institut Perancang Malaysia (MIP).
Menurut kenyataan DBKU, pengiktirafan ini sekali gus mengukuhkan komitmen DBKU dalam membangunkan persekitaran bandar yang hijau, lestari dan inklusif demi kesejahteraan warga Kuching.
Anugerah tersebut telah diterima Ketua Bahagian Landskap DBKU, Mohamad Benyamin Julaihi Khan bersama Penolong Jurutera merangkap Ketua Unit Pembangunan Projek, Bahagian Landskap, Azzairul Sarkawi.
Kejayaan ini menjadi bukti dedikasi berterusan DBKU dalam memperkasakan pembangunan landskap bandar ke arah mencapai matlamat Malaysia Madani.
|
|
|