Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 101
total visitor Total Visitors 12,759,148
DBKU, UNICEF berganding bahu jadikan Kuching Bandar Mesra Kanak-Kanak
Posted on : 15 Sep 2025  Source of News: TVS
 
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak menerusi penyertaan dalam Workshop Situation Analysis (SITAN) anjuran UNICEF.Foto DBKU

KUCHING, 14 Sept: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak menerusi penyertaan dalam Workshop Situation Analysis (SITAN) anjuran UNICEF.

Menurut kenyataan DBKU, bertempat di Kuching, workshop ini menjadi platform penting bagi DBKU mendapatkan input langsung daripada masyarakat mengenai keperluan persekitaran bandar yang lebih selamat, inklusif dan mesra kanak-kanak.

Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif Child Friendly Cities Initiative (CFCI) – sebuah gerakan global di bawah naungan UNICEF yang menggalakkan bandar untuk menjadi tempat yang lebih baik untuk kanak-kanak membesar, belajar dan bermain.

Antara cadangan dan fokus utama yang dibincangkan termasuk laluan selamat dan mudah diakses untuk pejalan kaki, taman permainan yang moden dan selamat, sistem pencahayaan awam yang lebih baik, kemudahan mesra OKU dan persekitaran sosial yang menyokong pembangunan emosi dan fizikal kanak-kanak.

Timbalan Pengarah Jabatan Komuniti DBKU, Rudzaimeir Malek yang hadir mewakili pihak berkuasa tempatan berkata, komitmen DBKU bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi membentuk ekosistem bandar yang mendengar suara kanak-kanak dan meletakkan keperluan mereka sebagai keutamaan.

“Bandar yang baik untuk kanak-kanak adalah bandar yang baik untuk semua. Usaha ini bukan hanya tanggungjawab UNICEF atau DBKU sahaja, tetapi memerlukan sokongan menyeluruh daripada seluruh komuniti,” tegasnya.

Penyertaan DBKU dalam program ini meletakkan Kuching di landasan tepat untuk menjadi antara bandar perintis Child Friendly City di Malaysia Timur – satu langkah besar ke arah masa depan yang lebih mesra, selamat dan inklusif untuk generasi akan datang.