Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Jalan ditutup sementara sempena DBKU Criterium Race 2.0
Posted on : 26 May 2023  Source of News: Utusan Borneo
 

Jalan-jalan yang terlibat penutupan sempena DBKU Criterium Race 2.0 pada Ahad ini.

KUCHING: Beberapa jalan di bandar raya ini akan ditutup sementara sempena DBKU Criterium Race 2.0 pada 28 Mei ini (Ahad).

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa penutupan jalan-jalan berkenaan bagi memberi laluan kepada peserta DBKU Criterium Race 2.0.

Jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub,Jalan Astana laluan jalan yang masuk MASJA, Bulatan Datuk Menteri Abang Haji Mohd Zen Haji Salleh, bulatan kecil jalan masuk ke Masjid Jamek, lampu isyarat berdekatan Bulatan Datuk Menteri Abang Haji Mohd Zen Haji Salleh dan jalan belakang Kampung Tunku RPR Fasa 2.

Sehubungan itu pengguna dinasihati merancang perjalanan masing-masing dan mematuhi tanda-tanda isyarat kawalan lalu lintas serta arahan daripada DBKU dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas.