Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 26
total visitor Total Visitors 7,968,351
Peniaga bazar Ramadan diingat jaga kebersihan, kualiti juadah
Posted on : 23 Mar 2023  Source of News: Utusan Borneo
 

Sharifah Hasidah melawat dan menyerahkan sumbangan topi kepada peniaga Bazar Ramadan Taman Sukma, hari ini. - Gambar Chimon Upon 

Sharifah Hasidah melawat dan menyerahkan sumbangan topi kepada peniaga Bazar Ramadan Taman Sukma, hari ini. - Gambar Chimon Upon 

KUCHING: Peniaga bazar Ramadan diingatkan supaya menjaga kebersihan dan kualiti juadah berbuka puasa yang dijual kepada para pengunjung sepanjang bulan Ramadan ini.

Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali mengingatkan perkara ini ketika merasmikan Bazar Ramadan Taman Sukma di sini hari ini. 

"Bazar Ramadan ini diadakan setiap tahun oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk kesenangan masyarakat terutama umat Islam membeli juadah berbuka puasa. 

"Saya mengambil kesempatan ini menyeru peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan, makanan dibungkus dengan standard terbaik dan jangan hidang makanan berulang," katanya. 

Sharifah Hasidah turut menjangkakan bazar ini akan menerima jumlah pengunjung yang ramai di mana pada hari pertama pembukaan bazar ini hari ini sahaja sudah dibanjiri ribuan pengunjung. 

Beliau turut berterima kasih kepada DBKU kerana menyediakan lokasi bagi pembukaan bazar ini bagi memudahkan warga kota membeli juadah berbuka puasa. 

Dalam pada itu, selain Bazar Ramadan Taman Sukma, DBKU turut menyediakan dua lagi lokasi bagi bazar Ramadan iaitu di Satok dan Semarak. 

Kesemua tiga bazar Ramadan ini dibuka serentak hari ini di mana Bazar Ramadan Satok dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki, manakala Bazar Ramadan Semarak dirasmikan ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman. 

Pada tahun ini, Bazar Ramadan yang disediakan DBKU turut mendapat kerjasama dan sumbangan daripada pihak CCK Fresh Mart, Emart Xpress, Mediavature Sdn Bhd dan juga Kuching City Parking System. 

Pelbagai juadah berbuka puasa dijual di bazar Ramadan ini antaranya kuih-muih tradisional, ayam panggang, ikan panggang, sate ayam dan daging, makanan berlauk, roti canai, apam balik, sotong bakar, pelbagai jenis minuman dan banyak lagi.