Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 62
total visitor Total Visitors 8,077,714
Kuching Car Free Morning diadakan hari Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan: Abang Johari
Posted on : 16 Jan 2023  Source of News: Utusan Borneo
 

Abang Johari melancarkan logo Kuching Car Free Morning di Padang Merdeka, Kuching. -Gambar Roystein Emmor Abang Johari melancarkan logo Kuching Car Free Morning di Padang Merdeka, Kuching. -Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Program Kuching Car Free Morning yang diadakan pada hari  Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan akan diadakan di lokasi lain dalam bandar Kuching selain Padang Merdeka mengikut kesesuaian. 

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata program ini pada mulanya diadakan sekali iaitu pada hari Ahad minggu pertama setiap bulan bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). 

Bagaimanapun katanya melihat kepada sambutan begitu baik khususnya dari sudut ikatan kekeluargaan, maka beliau telah meminta ditambah satu lagi minggu iaitu hari Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan. 

“Hari ini saya nampak sambutan lebih hebat dan kita lihat keadaan mungkin apa yang boleh kita kenalpasti lokasi boleh bertukar dalam bandar Kuching ini sama ada di sini (Padang Merdeka) atau kita boleh buat di sebelah Main Bazar Tebing Kuching. 

“Kita melihat keadaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Program Kuching Car Free Morning yang berlangsung di Padang Merdeka di sini hari ini. 

Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan. 

Program ini merupakan inisiatif hijau yang diperkenalkan sejak Januari 2022 bertujuan mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida disamping memberi ruang interaksi sosial kepada warga kota untuk beriadah dan menjaga alam sekitar. 

Sempena pelancaran program hari ini, turut diadakan pelbagai aktiviti menarik seperti Fun Ride, Fun Walk, Sukan Rakyat, Hari Bersama Pelanggan DBKU dan lain-lain. 

Turut diadakan pelancaran logo Kuching Car Free Morning oleh Premier Sarawak sebelum beliau menyertai Fun Ride bersama warga kota yang lain.

Dalam pada lebih 2,000 warga kota tanpa kira usia, bangsa dan latar belakang menyertai program hari ini  dan membanjiri Padang Merdeka seawal jam 6.30 pagi.