Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 31
total visitor Total Visitors 7,971,712
Sambutan Ngiling Tikai landasan erat semangat perpaduan di Sarawak
Posted on : 24 Jun 2022  Source of News: TVS
 
Sambutan Ngiling Tikai yang menandakan penutup sambutan Hari Gawai Dayak boleh menjadi landasan untuk mengeratkan lagi hubungan pelbagai kaum di negeri ini.Foto Aziz Soleh.

KUCHING, 23 Jun : Sambutan Ngiling Tikai yang menandakan penutup sambutan Hari Gawai Dayak boleh menjadi landasan untuk mengeratkan lagi hubungan pelbagai kaum di negeri ini.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan berkata, kemakmuran dan kestabilan yang dinikmati di Sarawak pada hari ini adalah hasil semangat kerjasama dan hubungan yang baik antara semua etnik.

“Sejak dulu lagi, perpaduan antara kaum di Sarawak membuatkan negeri-negeri lain atau negara luar berasa cemburu dengan kita kerana Sarawak adalah satu negeri yang utuh dan mampu kekalkan perpaduan antara kaum.

“Pekara ini bukan terletak pada kaum Iban sahaja tetapi etnik kaum lain juga mesti pertahankannya,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini hari ini.

Jelasnya, seperti mana perayaan lain yang diraikan oleh masyarakat Malaysia, sambutan Hari Gawai Dayak juga penting kerana ia dapat membina satu jati diri masyarakat Dayak.

Sementara itu, menurut Tuai Gawai DBKU, Durie Austine, pengajuran Ngiling Tikai adalah peluang untuk berkumpul semula untuk mengeratkan hubungan di tempat kerja selepas dua tahun dilanda pandemik COVID-19.

“Objektif sambutan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan toleransi di kalangan kita yang berbilang kaum dan mengeratkan hubungan kita di tempat kerja,”katanya.

Katanya, sambutan ‘Ngiling Tikai’ bersesuaian dengan temanya ‘Segulai Sejalai’ yang bermaksud bersama-sama menuju satu hala.-TVS