Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
DBKU: Bayaran denda lewat untuk cukai tafsiran setengah tahun pertama 2021 dikecualikan
Posted on : 07 Sep 2021  Source of News: dayakdaily.com
 

File photo depicting DBKU headquarters where the Cat Museum is housed. Photo source: Wikimedia Commons

KUCHING, 7 Sept: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengecualikan bayaran denda lewat untuk cukai tafsiran setengah tahun pertama 2021.

Sehubungan itu kata Pemangku Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang, pembayar cukai yang masih belum menjelaskan cukai taksiran tempoh pertama tahun 2021 boleh menjelaskan bil cukai taksiran tersebut tanpa dikenakan denda sehingga 31 Okt, 2021.

“Kerajaan Negeri Sarawak mengecualikan bayaran denda lewat untuk cukai taksiran setengah tahun pertama tahun 2021.

“Ini adalah ekoran situasi pandemik Covid-19 yang menyebabkan penutupan kaunter pembayaran termasuk menghadkan masa operasi pada penghujung bulan Mei yang lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamed, denda lewat bayaran cukai taksiran akan dikenakan bermula 1 November 2021

Manakala denda lewat yang telah dibayar oleh pemilik bagi bil cukai taksiran setengah tahun pertama 2021 akan dikredit dalam bil cukai taksiran setengah tahun kedua 2021. — DayakDaily