Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 164
total visitor Total Visitors 8,070,908
Pelan e-DBKU bakal dilaksanakan mulai tahun ini - Datuk Bandar
Posted on : 02 Aug 2021  Source of News: Utusan Borneo
 
Junaidi ketika menyampaikan ucapan hari ini. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan Junaidi ketika berucap pada majlis sambutan Hari Bandar Raya Kuching ke-33 hari ini. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bakal melaksanakan pelan e-DBKU mulai tahun ini seiring dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022.

Datuk Bandar DBKU Datuk Junaidi Reduan berkata, pelan tersebut merupakan langkah permulaan DBKU untuk mentransformasikan perkhidmatan mereka.

"Pelan e-DBKU yang dijangka siap pada tahun 2025 ini merangkumi tiga komponen utama iaitu solusi digital yang inovatif, penyampaian perkhidmatan dan bandar raya pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Bandar Raya Kuching ke-33 yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu di sini, hari ini.

Menurutnya, DBKU sebagai pentadbir, pengawal selia dan penyelenggara bandar raya perlu menyampaikan perkhidmatan yang efisien serta efektif bagi memenuhi aspirasi pelanggan iaitu warga bandar raya Kuching.

Melalui penggunaan teknologi digital sebagai pemudah, kata beliau, pihaknya yakin kesemua pelan dalam e-DBKU itu mampu dicapai.

"Insya-Allah pada masa terdekat, fasa awal pelan e-DBKU berkenaan akan dapat direalisasikan seterusnya mampu disiapkan dalam tempoh lima tahun seperti yang dirancang.

"Dengan panduan dan bimbingan daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kita yakin bandar raya Kuching bakal menjadi bandar raya pintar dalam masa terdekat serta tidak mustahil menjadi yang terbaik dalam rantau ini," jelasnya.

Junaidi berkata, sempena dengan sambutan Hari Bandar Raya Kuching ke-33, pihaknya telah menyusun pelbagai acara untuk tempoh tiga bulan iaitu sepanjang Julai, Ogos dan September.

"Mulai tahun ini, satu inisiatif baharu diperkenalkan iaitu bulan kebersihan bandar raya Kuching yang diadakan pada bulan Julai, selain acara lain yang dianjurkan bersama komuniti setempat. 

"Selari dengan tema hari bandar raya tahun ini iaitu berkaitan dengan teknologi digital, maka kesemua acara yang dianjurkan itu mempunyai elemen digital yang memerlukan pendaftaran secara dalam talian di laman sesawang dbku.events," ujarnya.

Katanya, kemajuan serta pembangunan yang dikecapi selama ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa ada penglibatan serta komitmen warga bandar raya Kuching.

"Penglibatan serta kerjasama yang erat di antara komuniti di dalam inisiatif anjuran DBKU dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah banyak membantu dalam membangunkan fizikal, sosial dan ekonomi bandar raya Kuching.

"Selain itu, platform kejiranan mesra (KJM) merupakan salah satu kaedah untuk menggalakkan inklusiviti penduduk yang diamalkan oleh DBKU," tambahnya lagi.

Beliau yakin, platform KJM dapat bertindak dengan lebih efektif dan memberi kesan yang berimpak tinggi terhadap pembangunan bandar raya Kuching.