Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Bersama kekalkan Kuching sebagai bandar raya terbersih di rantau Asia Pasifik - Suara Sarawak
Posted on : 17 Jul 2021  Source of News: Sarawak Voice
 
Bersama kekalkan Kuching sebagai bandar raya terbersih di rantau Asia Pasifik

KUCHING: Status Kuching sebagai bandar raya terbersih di rantau Asia Pasifik mampu dikekalkan sekiranya semua pihak dapat menjalankan tanggungjawab dalam menjaga kebersihan di bandar ini.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Junaidi Reduan berkata, perkara tersebut juga pernah menjadi kebanggaan semua pihak suatu ketika dahulu dan ia perlu dikekalkan.

“Untuk memastikan perkara tersebut dapat dilaksanakan, DBKU telah menyediakan pelan tindakan dan salah satu daripadanya adalah menganjurkan program Bulan Kebersihan Bandar Raya Kuching.

“Program tersebut sepatutnya dilaksanakan pada tahun lalu, bagaimanapun ia terpaksa ditunda ke tahun ini susulan berlaku penularan pandemik Covid-19.

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga kota tentang pentingnya kebersihan di kawasan bandar raya kita ini,” katanya dalam majlis pelancaran Bulan Kebersihan Bandar Raya Kuching 2021 menerusi YouTube, hari ini.

Bersempena dengan itu, DBKU telah menganjurkan pelbagai program termasuk pertandingan mereka cipta logo dan maskot kebersihan secara atas talian, pertandingan kebersihan antara kejiranan dan banyak lagi.