Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 17
total visitor Total Visitors 7,968,505
DBKU anjur Clean Kuching City Virtual Run 2021
Posted on : 06 Jul 2021  Source of News: Utusan Borneo
 

 DBKU menganjurkan Clean Kuching City Virtual Run 2021 sempena Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching.

SERTAI KAMI: DBKU menganjurkan Clean Kuching City Virtual Run 2021 sempena Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan Clean Kuching City Virtual Run 2021 sempena Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching.

Dalam kenyataannya semalam, program ini melibatkan aktiviti larian sejauh 33 kilometer dalam tempoh masa ditetapkan bermula 10 hingga 31 Julai ini.

“Pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat secara atas talian di www.dbku.events bermula 5 hingga 20 Julai ini,” kata kenyataan itu.

Peserta perlu menghantar keputusan larian ke alamat e-mel komunitidbku@gmail.com sebelum 5 Ogos 2021.

Keputusan itu perlu mengandungi maklumat seperti rekod larian dalam aplikasi contoh Strava, Samsung Health, Garmin, Nike Run, Runkeeper dan lain-lain didaftar atas nama peserta itu.